Wednesday, June 24, 2015

meniti hari dengan happy!

Assalamualaikum dunia!!

Ramadhan dah 7 hari.. aku baru juzu' 10.. insyaAllah aku akan teruskan lagi! moga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum2 ni. aamiinnnn..

tadi, besfren aku balik ke kampung halaman dia. aku nanges, dia pun mcm nak nanges. sedih kottt... setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

dan aku gembira jugak malam ni, sbb tadi... aku jumpa dia. hahaha.. besnyeeee!! alhamdulillah, dapat tgk dia, time2 aku nk balik jumaat ni. bersyukur sangat.

aku ingat lagi, dia panggil aku sharifah. haha.. lawak, sies lawak. tp, serius.. moga jodoh aku dengan dia. aamiinnn..

kla,, insyaAllah moga mudah urusan kita semua. aamiiinnnn..









it is a great view! 

Wednesday, June 17, 2015

esok

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, dan insyaAllah, moga aku dapat menikmati indahnya Ramadhan pada tahun ini. dan aku berharap Ramadhan kali ini  adalah lebih baik dari Ramadhan2 yang lepas. aamiinnn..

aku tak tau, aku tulis ni dalam keadaan aku lapar ke ape, tapi yang pastinya aku tak pernah berhenti tanya, siapakah suami aku?

ahhh, aku tau, aku tak layak untuk sesiapa, tapi aku nak bermanja dengan siapa? aku harap takde siapa baca post entri aku kali ni. semalam aku p ceramah imam muda asyraf, memang Allah timbulkan dalam hati kita, perasaan sunyi, mahu berteman. ahhh.. aku malas nak bukak cte ni panjang lebar, tapi yang pastinya rezeki Allah itu pasti ada di mana-mana.

dia akan balik sabtu ni, dan mungkin juga dia akan lupakan aku. mungkin dia akan hanya menjadi kenangan aku. mungkin.

yang pastinya viva aku, correction aku, thesis aku. insyaAllah.

then, i will back to Johor. dan aku nak masuk keje cepat2.. insyaAllah.

ni semua adalah plan. wallahu'alam.

assalamualaikum

Wednesday, May 13, 2015

right decision

Assalamualaikum..

alhamdulillah, banyak hikmahnya mengapa Allah hantar aku ke USM kejuruteraan, untuk bergerak kerja dalam Islam, walaupun aku hadapi banyak kesilapan, tapi moga Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang, terus memberi kejayaan kepadaku setelah aku menginsafi diri ini..

aku buat pilihan yang terbaik. dia adalah dia. dan aku kenal dia bagaimana. dan aku tahu bagaimana pertengahanku apabila aku dengannya. dia, aku tau.. baik hanya sebab aku. bukan sebab Allah. dan aku tidak mahu itu. bila aku sudah putus dengan dia, dia kembali pada sifatnya, aku tidak marah. malah aku lega. lega kerana aku telah menyelamatkan jiwa ragaku dari terus menagih kasihnya, kasih makhluk yang hanya kan menumpahkan kesakitan.

:)

by the way, baru aku tau exam jepun susah nak mampos. hahahaha..

oh ye,,


nampak macam aku mengandung tak? tak sabarnyaaa nak ada baby.. nanti pregnant boleh pakai jubah ni.. hihi.. lepas pregnant pun boleh pakai. 
insyaAllah.. 


hahaa.. aku memang pelik.. tapiiii... hmmmm.. oh ye, muka aku banyak jeragat, tapi kenapa tadi ada budak tegur aku, dia kata kulit muka aku cantik. dan aku mula kehairanan dan buat2 tak dengar. hahaha.. biasalah akuuuu.. kejam sikit. huhu


oh yeahhhh.. hahahhaha.. time ni bibir kering. kah33x


actually aku berjalan dengan 3 gadis ni.... subhanallah.. sahabat2 solehah.. <3 ^_^ kurniaan Allah. 

okla,, tu je.

wasalam

Friday, May 8, 2015

assalamualaikum

(Puisi Dr Maza)
kalian rampas subsidi kami,
entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu,
wang mesti dicatu, kita menuju maju…
kalian kata: jika tidak,
semua menderita, habis harta negara…
kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
cuma subsidi turun sahaja…
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta…
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta…
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu…
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah?
wang semakin lelah?
jika semalam berlauk,
hari cuma berkuah…
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah…
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh…
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang…
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi…
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang…
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang…
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami…
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati…
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut…
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa,
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia…
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak…
sedangkan kalian manusia angkasa…
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa…
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga…
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara…
tapi kami masih di sini..di teratak ini…
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam…
dengan rumah yang suram…
dengan wang yang hampir padam…
tiada istana lawa…tiada kereta berharga…
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri… tiada hidangan vip…
tiada persen di sana-sini.. tiada bahagian anak dan bini…
tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara…
aduhai celaka bahasa yang kalian guna…
kalian yang belasah, kami yang bersalah…
kalian buat untung, hutang kami tanggung…
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang,
poket kami yang terbang…
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa…
kalian makan isi,
kami dijadikan abdi…
lantas, kalian rampas lagi subsidi…
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci,
wajib mengganti buat kami…
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta…
mengapa tambang tidak potong sahaja…
tapi entah berapa kali janji…
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti…
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi…
kami terus termanggu di sini…
kalian juga yang nikmati…
kami hanya menggigit jari…
kembalikanlah kepada kami harta negara…
jangan hanya kalian sahaja yang merasa…
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 6, 2015

andai kayangan

Assalamualaikum,

alhamdulillah, dapat pergi tamrin. dapat pergi rumah ana.. bes sgt.. haha. selama aku belajar kat sini, aku dah mengembara ke rumah2 sahabat yang lain,

1. Farah Izzati (jitra, kedah)
2. Aisyah (simpang pulai, perak)
3. Farhana Hamdi (Bagan Serai, Perak)
4. Juliana (Klang, Selangor)
5. Farhana MPP (Kangar, Perlis)

bes laa,, dapat tau rumah orang, budaya mereka dan mcm mana mereka melayan tetamu. hehe..
first malam tu sampai rumah ana, mak ayah dia belanja makan tomyam, ikan siakap 3 rasa, daging masak merah. tudiaaa sedap baq hang.. Alhamdulillah.. ayah dia pandai pulak tu melawak. huhu..

kat sana ada panggilan Lodes utk org yang tak kenal, atau malas nak sebut nama dia.. aku pulak digelar Rosalinda. hahahhaa.. sampai skrg depa panggil aku rosalinda. hehe

oh ye, esoknya ana, aku, adik ana (Fahmi) dan kawan Fahmi Lodes, Epol, p jalan2. mak dia suruh bawak aku p muzium, sbb malam semalamnya aku kata nk p muzium, las2 depa bawak aku. hahhaa.. pelik kan permintaan aku ni? pegi muzium perlis.

dah p muzium, waa sana waaa sini, kami p Gua Kelam. masuk sorang singgit. takut gak dalam tu.. huhu.. aku je yang takut. depa selamba ja... depa kata Perlis ni panas. hmmm,, aku pun rasa camtu gak. dia panas berangin..

dah p gua kelam, p balik rumah.. makan... petang tu p kebun harum manis.. tolong2 makcik tu sket, dapat laaa pelam 4 biji yang berharga RM30 secara percuma.. untung aku ni. hehe... tau tak harga 3kg, RM100.. dua biji dah skilo.. pergghhh mahai baq hanggg,, tp aku makan free.. mak ana punya kagum kat aku ngan anak dia, sbb dapat harum manis free2. hehehe

pastu p aloq staq,, mak dia nak beli kain baju raya kat jakel.. lepas shopping kain, makan bege bakaq, char kuey teow.. pastu balik umah..

esok paginya, lepas subuh terus pecut balik USM,, alhamdulillah... bes sgt..  depa ajak aku mai lagi.. insyaAllah makcik, pakcik.. hehe...


bismillah.... dah nampak dah cantiknya perlis ni..


pokok bunga depan rumah ana.. cantik kan?


ni dah kat Muzium Kota Kayang (buka stiap hari kecuali hari cuti umum 9.00pg-5ptg)



patung pakcik yang menakutkan.


excited susun puzzle. kekeke




the result~~


puzzle lg satu yang lodes ngan kawan dia buat.


tengkiu lodes amikkan gamba.. haha


aku gemokkk.. sobsss

kami~~~ dan muzium kota kayang


bes tak bes datang muzium.. dah la ada ekon.. hihi. oh ya, beg aku tu, lodes yang bawakkan.. aku tak suruh pun... huhu



sampan.. aku teruja betul tengok.





jalan yang berliku, di atasnya keindahan. lihat dan bersyukurlah. 


huhu... 











 cantiknyaaa la hai gamba ni.. oh ye, dia dah berpunya. 





kat empangan timah tasoh.. cantik baq anggg


pandai aku amik gamba si fahmi lodes ni.. tapi kalau kamera lagi power, mesti lg bes.. cita2 aku.. 


hahahaha lodes ni pelakon tau.. pelakon teater, baru2 ni dia tgh berlakon cte Tok Janggut.. nanti persembahan dia hari selasa depan. dia ajak aku p tgk.. tapi masa tu kak ana hang pun tak cuti.. takpela,, makcik pun janji nk bg tgk gambo hang berlakon. ceh, jd watak utama.. 


kikiki


haaa.. inilah makcik pemilik kebun harum manis ni... 


besar tuhdiaaa harum manis.. pastinya manis.

okla, aku chow. 

wassalam. 

Thursday, April 30, 2015

declaration

Alhamdulillah,

ye, bende baik jangan ditangguh-tangguh.

aku dah putus, officially. dengan fahmi.

Allah,, terima kasihhhh.. sebab pinjamkan aku kekuatan.

apa yang aku pasti, dia redha dengan keputusan ni. insyaAllah.

moga aku istiqamah dengan amalan ruhiyyah.

Allah, saat aku tenang dengan ibadat,

tiba-tiba hadirnya dia tanpa diduga,

aku jadi kacau-bilau.

aku jadi tidak keruan,

sama ada untuk membalas cinta atau tidak.

tapi, akhirnya aku tewas.

dan insyaAllah kali ini aku bangkit. supaya aku tidak terus kalah, dalam maksiat ini.

Astaghfirullah.

kita sudah putus.

wallahua'alam. 

Wednesday, April 29, 2015

gotta you!

Assalamualaikum!

hihi.. walaupun aku belum mandi lagi, tp aku dah potong bawang, basuh sayur, potong ayam untuk makan iftar nanti.. lepas da siap potong2 ni sume baru ai mandii~~ hihi..

oh ye, alhamdulillah malam tadi ada, semalam laa.. rezeki datang melimpah ruah.. makan nasi ayam tuhdiaa banyak gila. pastu p induk, tengok teater Dracula vs Al-Fateh. bes gle teater. aku sebelum ni dah tengok movie Dracula Untold tu, dan aku tau banyak penyelewengan.. jadi mungkin PMI induk nak clearkan statement kepada masyarakat USM, so depa nak buat teater.

dengan bayaran tiket sebanyak RM8, kami dapat button badge dan tempat duduk yang selesa. kami datang awal jugak la time tu, so kami excitedly duduk depannnnn sekali, bawah tangga pentas. haha.. clear baq ang.. aku memule terkejut sbb banyak gle pempuan (spectators) kat induk. tapi lelaki dia ada yang lembut, ada yang maintain cool. not bad. haha. poyo.

pastu aku dikurniakan sahabat yang memang sangat baik hati, belanja kami cool blog, makanan2 masa tgk teater. hihi... Alhamdulillah,, tengkiu hajar. muah3.

tengs jugak mai, sbb bawak kami p induk.. hihi.. i love u~~

oh farhana, ibarat bulan. hihi..

time aku nak amik gambar teater dorg, accidentally kamera aku keluar flash. hisssshhh.. tadi da kene bgtau xley ada flash, takut mengganggu pelakon.. tp terkeluar. sobbsss!!!

tapi dorg tetap handal. bes gle. ada ustazah  cantik tuhdiaaa.. tinggi, cantik, ramping.. perghghh.. perfecto! hihi..

k la.. wassalam.



 ^ aku, umaira, farhana, hajar ^


pencerita, time ni ustazah dia xkuar lg.. aku malas dah nak amik gambar lepas terkeluar flash. huhu


barisan produksi handalan. hebat2 wehhhh... pengurus pentas, timbalan, semuaaaaa pempuan weh!!!
berani keluarkan balik kamera sebab da habis teater. hihi


(blur sket sbb kete gerak 100km/hr) 
kawan aku kata aku dah gemok.. kfine, pasni aku diet. aku nak kurus nampak tulang. :( 


Monday, April 27, 2015

perfecto!

wehhh, sape xnk jadi perfect weiihh?

pada aku sekarang ni, perfect tu merangkumi

1. solehah
2. trendy
3. kurus sampai nampak tulang
4. ada iphone6

hahaha.. tapi sebenarnya kau lupa, kau dah cukup perfect dengan orang2 yang menyayangi kau, contoh, kawan2 kau, family kau, orang yang ada time susah dan senang kau, bende tu memang sangat perfect, bukan peminat yang akan ada bila kau cantik je. 

hoho. tak dinafikan aku suka usha insta pempuan2 trendy untuk jadikan inspirasi. tapi, sedarlah, kita akan tua. di mana ada banyak kelemahan nanti.. dan akan menjadi lemah. moga Allah pelihara kita. aamiinnn..

k2, aku dah lama tak post gambar aku. dan aku takde gamba pun. insyaAllah nanti ble2 aku rajin, aku nak photoshoot jap. haaha.. malu weeii! 

k r, assalamualaikum. 


yusof!!! hihi.. rindunyeeee


ni kakak yusof.. manja gle ngan aku... pelok2 siap. haihhh.. tp aku suka! 


ok, nampaklah aku yang gemok tu. sobsss!!!


muka aku ni ada mamak2 sket. kah3


haha..nampak no selfie nyeee