Thursday, April 30, 2015

declaration

Alhamdulillah,

ye, bende baik jangan ditangguh-tangguh.

aku dah putus, officially. dengan fahmi.

Allah,, terima kasihhhh.. sebab pinjamkan aku kekuatan.

apa yang aku pasti, dia redha dengan keputusan ni. insyaAllah.

moga aku istiqamah dengan amalan ruhiyyah.

Allah, saat aku tenang dengan ibadat,

tiba-tiba hadirnya dia tanpa diduga,

aku jadi kacau-bilau.

aku jadi tidak keruan,

sama ada untuk membalas cinta atau tidak.

tapi, akhirnya aku tewas.

dan insyaAllah kali ini aku bangkit. supaya aku tidak terus kalah, dalam maksiat ini.

Astaghfirullah.

kita sudah putus.

wallahua'alam. 

Wednesday, April 29, 2015

gotta you!

Assalamualaikum!

hihi.. walaupun aku belum mandi lagi, tp aku dah potong bawang, basuh sayur, potong ayam untuk makan iftar nanti.. lepas da siap potong2 ni sume baru ai mandii~~ hihi..

oh ye, alhamdulillah malam tadi ada, semalam laa.. rezeki datang melimpah ruah.. makan nasi ayam tuhdiaa banyak gila. pastu p induk, tengok teater Dracula vs Al-Fateh. bes gle teater. aku sebelum ni dah tengok movie Dracula Untold tu, dan aku tau banyak penyelewengan.. jadi mungkin PMI induk nak clearkan statement kepada masyarakat USM, so depa nak buat teater.

dengan bayaran tiket sebanyak RM8, kami dapat button badge dan tempat duduk yang selesa. kami datang awal jugak la time tu, so kami excitedly duduk depannnnn sekali, bawah tangga pentas. haha.. clear baq ang.. aku memule terkejut sbb banyak gle pempuan (spectators) kat induk. tapi lelaki dia ada yang lembut, ada yang maintain cool. not bad. haha. poyo.

pastu aku dikurniakan sahabat yang memang sangat baik hati, belanja kami cool blog, makanan2 masa tgk teater. hihi... Alhamdulillah,, tengkiu hajar. muah3.

tengs jugak mai, sbb bawak kami p induk.. hihi.. i love u~~

oh farhana, ibarat bulan. hihi..

time aku nak amik gambar teater dorg, accidentally kamera aku keluar flash. hisssshhh.. tadi da kene bgtau xley ada flash, takut mengganggu pelakon.. tp terkeluar. sobbsss!!!

tapi dorg tetap handal. bes gle. ada ustazah  cantik tuhdiaaa.. tinggi, cantik, ramping.. perghghh.. perfecto! hihi..

k la.. wassalam.



 ^ aku, umaira, farhana, hajar ^


pencerita, time ni ustazah dia xkuar lg.. aku malas dah nak amik gambar lepas terkeluar flash. huhu


barisan produksi handalan. hebat2 wehhhh... pengurus pentas, timbalan, semuaaaaa pempuan weh!!!
berani keluarkan balik kamera sebab da habis teater. hihi


(blur sket sbb kete gerak 100km/hr) 
kawan aku kata aku dah gemok.. kfine, pasni aku diet. aku nak kurus nampak tulang. :( 


Monday, April 27, 2015

perfecto!

wehhh, sape xnk jadi perfect weiihh?

pada aku sekarang ni, perfect tu merangkumi

1. solehah
2. trendy
3. kurus sampai nampak tulang
4. ada iphone6

hahaha.. tapi sebenarnya kau lupa, kau dah cukup perfect dengan orang2 yang menyayangi kau, contoh, kawan2 kau, family kau, orang yang ada time susah dan senang kau, bende tu memang sangat perfect, bukan peminat yang akan ada bila kau cantik je. 

hoho. tak dinafikan aku suka usha insta pempuan2 trendy untuk jadikan inspirasi. tapi, sedarlah, kita akan tua. di mana ada banyak kelemahan nanti.. dan akan menjadi lemah. moga Allah pelihara kita. aamiinnn..

k2, aku dah lama tak post gambar aku. dan aku takde gamba pun. insyaAllah nanti ble2 aku rajin, aku nak photoshoot jap. haaha.. malu weeii! 

k r, assalamualaikum. 


yusof!!! hihi.. rindunyeeee


ni kakak yusof.. manja gle ngan aku... pelok2 siap. haihhh.. tp aku suka! 


ok, nampaklah aku yang gemok tu. sobsss!!!


muka aku ni ada mamak2 sket. kah3


haha..nampak no selfie nyeee


dah nak sampai!

Assalamualaikum pembaca tegar!
hahahahaha

hari ni aku happy! walaupun pukul 2.15pm tadi mata aku dah nak mengeluarkan air mata kekesalan.

sebab baru hari ni aku buat fyp. Ya Allah, thanks!!!! sebab mulanya aku kene perli teruk ngan dr., then bila jumpa dia buat kali kedua, nak mintak pengesahan buat printed circuit board (PCB), Dr. mengharapkan aku punya FYP yang terbaik. dia nak masukkan aku dalam pertandingan student FYP yang terbaik under school. huhu.. terharu mak aihhhh..

Alhamdulillah, walaupun aku rasa aku tak layak, tp insyaAllah! aku akan buat bersungguh2 untuk report dan experiment aku.

Dr. kata tak sabar nak tengok result aku. aku cakap, Dr., saya lagii la tak sabar nak tengok result saya macam mana.

Dr. senyum je.. happy baq hangg!!

oh well, hari ni aku kene perli ngan rumet aku. haha.. aku tau yang aku siap lambat. tapi that's my way! aku pakai shawl, pakai sunblock. ofcoz la lambat... huhuhu... dia xyah gosok tudung.. ahhh, yang pastinya aku lagi cantik. LOL. astaghfirullah. tapi tu usaha kita la nak hias camne diri kita. bukan tabbarruj. aku tak pernah fikir lelaki pempuan nak cakap apa pasal fashion aku, yang pastinya aku selesa dan aku suka. dah la. YANG KAU SUKA TENUNG LAMA2, SAMPAI NAK XRAY PADIAAA!! aku rasa aku dah cukup tutup aurat dah, walaupun tak macam haya. tak semestinya pakai tudung bulat, baru tutup semua. aset lain2, nampak pun bende lain. hmmm.. payah orang laki camni, sampai aku rasa kenapa ada lelaki dlm dunia ni. tapi kalau xde lelaki, xde la ayah aku. huhu

kalau cara tu kau suka, suka hati kau la. ye dok? hahaha

dah la... aku penat dengan pelbagai kata2 orang ni.

nah, aku kongsi something. K WEH, WASSALAM.



Thursday, April 23, 2015

i can't stand with this!

Assalamualaikum,

insyaAllah aku dah ada plan untuk kerja dan sambung belajar.

dengan izin Allah, aku akan kerja di Telekom Malaysia, dalam rancangan setahun lepas kerja, aku sambung master kat Jepun. dengan biasiswa daripada MEXT.

aku ceritakan rancangan ni pada ayah,

ayah: wooo,, jepun negara paling mahal (barang) kat dunia..

aku: ada scholarship sebulan rm5,300..

ayah: sebulan ke setahun?

aku: sebulan.

ayah: haaa..betul ayah cakap td.. mmg tinggi kat sana..

insyaAllah. aku betul2 nak.. ayah nampaknya excited dengan rancangan hidup aku ni.. tapi masa 2nd call, aku tnya ayah, ok ke?

ayah: hmmm.. nanti akak da berumahtangga, dengan anak2 sume, kat jepun camne?

aku: hahah.. ala ayah,, akak rasa akak sorang je sampai tua nanti.

ayah: ada la tuuu,, esok ada..

aku: esok? esok la eh ayah?

ayah: eh akak, ayah xley lama ni.. makan pastu nak start kayuh balik. nanti pukul 4lebih boleh call balik.

aku: ooo.. ok ayah.. assalamualaikum..

*************************************************************

aku sebenanya terharu jugak bila ayah cakap camtu, dia takut aku terbeban dengan belajar dan family nanti. tapi aku nak keluar dari kempompong hidup ni. aku xboleh nak tengok je ada kawan2 yang mak ayah dia sambung belajar kat luar negara, sambil bawak anak2 sekali.. kan bagus anak2 dibesarkan dalam suasana pembelajaran. kalau mereka semua boleh, kenapa aku tak? kenapa aku mesti nak ikut tradisi lama, kerja, tanggung anak2 sampai besar.. aku mesti keluar dari kebiasaan. aku tak kisah berapa banyak tentangan. ayah pun percaya aku boleh buat sampai la ni.. dari sekolah teknik jb dulu, matrik kat melaka, uni kat penang... makin lama makin jauh.. insyaAllah aku nak ubah family aku.

sebaik2 perancang adalah Allah 'Azza wa Jalla..

siiru 'ala barakatillah.

wallahua'lam.

Wednesday, April 22, 2015

dilamar

Assalamualaikum..

tak tau nak kata apa.. tapi ana telah dilamar.
istikharah je mampu sekarang ni.

wallahu'alam.


Thursday, April 16, 2015

kita


Assalamualaikum cinta ^_^


ya.. inilah sebaik2nya. sampai waktu kita sudah bersedia..


sedia dengan ilmu dan kefahaman untuk kita sama2 praktikkan. 


hmmm.. kerja2 yang memerlukan aku berjumpa dengan ramai orang. aku tau aku berseri dengan senyuman, tapi.. sebenarnya aku introvert. haha


yaaa.. that's me.. introvert yet seems like extrovert.



Wednesday, April 15, 2015

My adventure!

Assalamualaikum!

jumpa lagiii.. walaupun aku bz, tapi sempat gak la nak update cte baru2 ni.. aku pergi rumah ju.. jumpa sanak saudara dia.. macam2 buat kat sana.. haha.. yang besnye, dorang ni sume baik2... layan aku dengan baik, moga Allah berkati mereka semuanya.. aamiiiinnn..

bes la cakap luu.. siap nak jadikan aku calon menantu, depa suka aku ni yang ceria, jenis tak kesah, rajin pun rajin. lol. hahaha.. tapi aku senyummm je ble dorg tanya dah ada orang ke? huhuhu.. aku senyummm je.. dalam hati aku, kalau nak, boleh bagitau ayah. hahaa

oh aah.. aku lupa ayah ju ada kirim salam kat ayah aku.. nanti aku bgtau..

by the way, happy birthday to my lovely ibu, ju, su and ummi.. ^_^ sayang sume! hihi..

skuter pakcik ju, aku ni jakun sangat jumpe padi, memule ktorang kat luar rumah atok ju, then ju macam ada dengar bunyi mesin penuai padi. ju pun tanya aku "tim pernah tgk mesin tuai padi?" aku jawab tak. dia tanya lagi.. nak tengok tak? aku jawab nak!!!

haha..
then ju cadang naik moto. aku la yang kene bawak ju. kekeke,, atas moto tu sempat dia cte yang dulu masa dia blaja naik moto, dia bawak moto sampai ke tengah sawah. time tu padi sume dah dituai, tinggal tanah yang kering je. dia tak tau nak buat apa, press2 minyak sampai ke tengah!

hahahahahahaha!!!! aku bawak moto sampai tergelak2 kuat. lawak gle la ju!!!!!
hahahaha.. k2.. ju bagi aku peluang bergambar kat padi2 ni.. hihihi


ok, ni mesin padi. japgi aku post yang mesin punya gambar je. ada pulak muka aku terselit. kah3



kami kembar.. sampaikan makcik2 ju tersilap panggil aku Gidok (nama manje juuu). kih3..


haaaa... ni la padi yang dituai tadi.. padi2nya sume transfer kat lori.. ^^


hihi.. ju yang amik gamba masa aku bawak moto. tengokla muka dia tuu.. feeling abes.


ni anak sedare ju.. 3 beradik, tp yang plg kecik baby lagi.. xley laaa nak lari2. hihi. time ni macam da nak hujan petang tu, tapi sebelum hujan, ktorang sempat berjoging. subhanallah.. sawah padi luas jauh mata memandang. ^_^


nyomelnyeeee.... hihi


inilahhh nasi ambeng.. ktorg rewang masak2 bende ni, malam tu ada kenduri arwah. plus sedare ju dari endon datang melawat depa.. so this is the result!! 


huhu.... doakan kami kurus macam Girls Generation. haha



BIDEO ape ntah.. just watch it! :)


gigih abang~~


huuuu.. tengoklaaahh betapa canggihnyaa.. 

the road must taken

poyonya timmmm.. tu ju tengah keringkan tangan. hahaha.. kat aeon manjung, ondaway balik USM. 


k la, aku nak bla.. oh las2.. 

post aku kat fb, tapi aku buat only me.

n aku berani post kat sini je.

"Mungkin, aku perlu berubah. focus on my study here, and my dakwah, and my smile to the world. insyaAllah, moga Allah redha. *senyum dalam pahit*
                                                            -JOM PEGI SURAU!-)"

WASSALAM. SENYUMM!!! SENYUM KAN SEDEKAH.. ^_^

Wednesday, April 8, 2015

bes!

Assalamualaikum, alhamdulillah dengan izin Allah, dah berlangsung makan2 ee final year.. 
terima kasih semua! bersyukur sgt dengan adanya bende2 camni. hehe..

ok2 jap, 
nindiaaa gamba2,
eh hujan ka kat luar?
besnyeee!
alhamdulillah,,
Allahumma soyyiban naafi'a..


kamiii!!!!! heehe


aippp.. pepoyo je kannn..

kami waris telekom malaysia! 

insyaAllah.. ^_^

Sunday, April 5, 2015

cerita yang takkan habis

Assalamualaikum,,

first nak cakap, aku dah pandai bawak kete pegi jalan2 kat luar. 2nd, aku hampir kena langgar kat simpang tiga, dan aku di antara Hilux and lori. aku sumpah seranah hilux tu sebab dia belok xnk bagi signal. bangang. huh. tapi aku bersyukur jugak sebab aku xde jadi apa2, time tu aku dalam perjalanan nak p ngajar budak. huh.

Astaghfirullah..

ok, lagi aku nak cakap, aku happy sangat sebab Allah kurniakan aku sahabat bernama ina, yang i love u sooooo much sampai syurga. betapa beruntungnya orang yang dapat Ina ni, dah la bijak, solehah, tenang, hahaha walaupun kadang2 dia ni serabut nak mampuih. hahaha,,, sabo je la aku.. tapi bila aku sedih, dia yang faham perasaan aku, suka tenangkan aku.. i love u ina.. alhamdulillah aku ni straight. aku paling suka cakap i love u kat org, and the BEST part is when they reply i love u too.. hahaha.. happy kata diaaa,, lagi2 kalau pagi2 org kata camtu. hihihi,, mampu buat hari aku tersenyum lebar. hihi..

apa yang paling aku suka pasal ina ni, dia sangat ingat nama orang,, even baru sekali dengar, tapi dia ingat sampai bila2.. tu kelemahan aku. tp dia takde apa yang aku ade.. contoh aku ingat nama tempat, jalan2 untuk ke tempat tu, tp dia yang paling lemah bab ni. kalau aku tnye jalan, gerenti dia cakap, "tim, kau tau kan aku,, x ingat laa tempat2 ni.." hahaha... ok2,, aku admit and aku kene figure out sendiri. n alhamdulillah dapat solution.

eh, nak tau tak, ada 1 malam ni, AKU TENGAH gian nak bawak kete, then aku ajaklaaa sahabat aku ni, aisyah p jalan2, aku cakap ngan dia aku nak jalan jauh, jom teman aku. hahaha. pastu dia pun ok. aku pun bla, keluar dari bilik. pergi menuju kereta..

aku nak lalu jambatan kedua, aku bayar tol RM10.60. aku pegi laaaa lalu jambatan kedua memalam tuuu,, xbyk org, nk dekat2 penghujung tu, aku benti kete, nak amik gambar, typical people do. hhhaa.. pastu aku xtau nak ikut jalan mana kat penang tu, aku jalannnn je,, haha.. ikut signboard yang ada, aku menuju jambatan sultan azlan shah, jambatan pulau pinang yang pertama laa..

then aku ikut jalan nak balik usm, eh, terlepas pulakkk la jalan. aku pegi sampai ke sungai petani. LOL!!!! patah balik kat lebuhraya tu, isi minyak, then turun kat alma. bukit mertajam. eh,, apasal tak sampai2 lagi USM ni,.. sedih baq hangg,, seb bek kawan aku kat sblh ni, keep supporting me, adohai! aku dah ngantuk time tu, bayangkan ktorg kuar bilik, pukul 12.30 baru sampai bilik. sesat tuhdiaaa!! lama gilaaaa.. dalam hati aku tak abes2 baca ayat seribu dinar.. sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Dia akan memberikan jalan keluar.

sobsssss... aku bersyukur sangat sebab dapat balik semula ke USM, meneruskan perjuangan aku FYP, dan berjumpa sahabat2. huwaaaa!!

hahahhaa.. tu pengalaman laaa.. oh ya, btw, ape kabo kau pie? thanks sgt sbb jumpakan post ni,


kau doakan aku moga jodoh aku dengan dia sampai syurga ea.. 

^_^ assalam. 



Wednesday, April 1, 2015

nama manje I jiiieesstiii

Assalamualaikum, eh, dah berhabuk blog ni. haha.. bz melayan orang. 
sesori laaa..

haaa.. hari ni sibuk timeline dengan GST. even aku setakat ni baru berjual beli dengan adik
kafe FAM IDAMAN, total perbelanjaan aku hari ni RM3.90 plus roti sosej yang aku buat sendiri, 
aku beli sendiri. huhu.. sedap jugak. sosej mana yang tak sedap kannn...

ok2, aku nak cte la tadi aku dapat delivery yang tak pernah sebesar ni.. macam dapat hadiah gamaknya.. bes tu diaaa,, masa dapat kat pejabat lembaran tu, punya laaa happy dapat kotak. haha. 

Alhamdulillah, sampai jugak bende yang aku idamkan ni.. hihi.. dalam dia coklat Daim dengan kinder bueno. seratus lebih gak r aku bayar. beli online kan,, tp dapat murah gak r, cuma plus postage, kalau aku pegi langkawi semata2 nak coklat, dengan duit tambang lagi.. mahai..
las2 aku beli laaa kat insta @choc2u ... murah2.. hehe





oh ye, baru 3 hari lepas aku balik USM, dari Johor Bahru.. belanja shopping baju dan buku dengan adik2 aku.. hihi.. baucer buku last la katekannn.. borong buku2, adik aku dengan lawak kampusnya, misi straight A, buku latihan, buku kisah nabi sume..

untuk aku adalah jugakk, buku Solat Ready by Prof Muhaya, dengan buku Diagnosis and Diagnosis2..

bes gila cakap luuu,,, cte diagnosis tu, nanges2 gua baca. cte pasal pengalaman2 doktor2 perubatan.. yang setiap hari ada suka duka, berdepan dengan kasih sayang keluarga pesakit, kematian pesakit2, macam2 lagi.. yang paling aku sedih part doktor tu nak pikir camne cara dia nak bagitau waris si mati (lelaki), yang meninggal akibat kemalangan. dah la time tu bini si mati tu menunggu hari nak beranak. ya Allah, besarnya ujian hamba-Mu..

sobsss~~~ memang bes. aku boleh bagi 9 bintang out of 10. hehe

k la.. aku nk sambung design fyp aku ni. 

ALLAHU'ALAM.