Saturday, January 31, 2015

Barakah

assalamualaikum lovers and haters sekalian,,

aku ada bende yang paling aku pelik sekali kat sini..

pelik sebab apa dan kenapa azim unfren aku. pelik tak? pelik la woi!

alamak, aku ada buat silap pape ke dengan dia ni? aku dah pm dia. tp belum jawab. hahaa.. sumpah lawak, aku kene unfren.

suke? suke laaa.. sanggup weh nak unfren aku. adehh =.="

btw, malam tadi i feel the new feeling. haha.. makan aiskrim jagung yang besar dan murah, then beli biskut cream-o (mcm oreo tuuu) tumbuk2 bagi biskut tu hancur.. then tabur kat atas aiskrim. masyaAllah sedap wehhh!!!

macam tu rupenya rasa dia.. biskut tu jangan hancur lumat.. hancur sikit ja.. sedap sangat weh! hihi. alhamdulillah..

******

setiap hari aku berdosa, tiap kali juga aku bertaubat. sedihnya.. bila laa aku nak stop buat dosa.. malam tadi pergi masjid ar-Ridhuan kat parit buntaq tu.. ada ceramah pasal buku La Tahzan. tapi bukan isi ceramah nak aku ceritakan,

penat aku dengar ceramah, aku bangun. relakskan pinggang aku yang penat duduk. aku jalan2 kat ruang solat muslimat, aku diri depan ekon.. haha.. aku kan suke ekon, sambil ambik nafas dalam-dalam..sedapnya bau ekon... sejukkk je..

aku jalan lagi, pegi dekat rak al-quran, yaasin sume tu.. tetibe aku nampak tafsir pimpinan ar-rahman.. aku capai, owh, tafsir surah yusuf rupanya.. aku baca ayat 101.. baca maksud dia.. subhanallah.. patut laa aku disuruh baca doa nabi yusuf ni.. memang kena sangat dengan aku, antaranya mengenai kuasa, kematian yang baik, dan berdamping dengan orang yang soleh/ah..

thank you Allah.. ^^ for giving me this ilm'.. 

Thursday, January 29, 2015

hari gila

kah3.. hari ni hari gila aku. gila ketawa, gila makan, gila penat. gila rindu pun ada.

huhu... assalamualaikum dunia.. (macam lagu faizal tahir)

think of my fyp that never have its ending. plus more work to do on my fyp.

plus alhamdulillah that i have my lovely fren besides me.

and plus! dapat makan apa je yang aku nak.

insyaAllah esok malam ada ceramah Ustaz Fawwaz Md Jan kat masjid taman ilmu. tapi my lovely fren tu balik kampung halaman dia esok pagi.. so,,,, nampaknya aku pegi sorang la kot. huhu..

hmmm.. kenapa ek? aku ni... plis la fatimah, dia dah move on dengan hidup dia dah. dah wujud orang lain dalam hidup dia.. dah hapus aku dalam diari dia, kenapa kau tetibe ingat pasal dia? aku dah putus harapan dengan lelaki. i guess i'll never find a guy that will be my husband in future.

entahlah kenapa aku tetiba fikir pasal ni, mungkin besfren aku setiap bulan dah nak datang.. tu perasaan je fatimah. tak payah nak ikutkan sangat.

dah kau tau dia jenis macam tu, yang jenis layan pempuan sini sana, dah tu kau nak ke lelaki camtu? sedar plis fatimah, dia tak hensem. tak hensem langsung. bodoh lagi. memang serius hati aku sakit, macam pecah berderai hati ni lepas bagi cinta ni kat dia.

dah 2 bulan. moga aku lupakan dia selamanya. moga dia segera lenyap dari ingatan dan fikiran aku.

Allah... i love u more, more than else. more than anyone. hanya Allah sebaik-baik penolong. bila aku susah, aku minta pada Allah. bila aku senang, aku bersyukur pada Allah. bukan cinta palsu engkau yang dahulu.

terima kasih Allah, kerana membuka mataku dengan keburukannya. yang tidak dapat aku terima walau berapa kali dia menyesal. hah. aku rasa dia takkan menyesal. biarlah dia. bukan sesiapa untukku.

oleh kerana aku terlalu menyayanginya dahulu, kini aku terlalu membencinya. terlalu. so much hate after loved.

tiada lagi engkau dalam doaku. tiada lagi namamu yang menyakitkan hatiku sekian lama. hapuslah dikau. segera hilang.

EH jap weh! aku hari ni betul2 terharu dengan Dr. Fadzil Ain. aku nak jumpa dia regarding of CST software that will be used in my fyp. memule p bilik dia amboi bizinya bercakap kat telefon. pastu takpela, aku bla la.. then dah jalan jauh camtu, tetibe dengar macam ada orang panggil

"excuse me miss, nak jumpa saya ke?"

aku jawab dari jauh "ye ye"

pastu dia pegi bilik dia, aku kejar dia dari belakang. pastu masuk bilik dia, then bagitau la apa hasrat suci dan murni aku tu.. haha..

pastu dia mintak aku p kat student phd dia.. Ubai dullah, very supporting person, yet sporting. haha.. ok la, tercapai jugak hasrat aku nak dapat software tu. so esok aku install kat desktop skul. insyaAllah. hehe.. semalam jumpa Dr. Muzlifah.

I LOVE EE!! 

Tuesday, January 27, 2015

kaya dalam kemiskinan

wassap bro! haha.. Assalamualaikum!

eh, apesal aku nampak happy je ni kan? hoho.. baru balik dari makan Roti Balak kat Balak Inn. tuhdia, hari ni makan nescafe with oat, pahtu makan malam coconut shake (Balak Inn) ngan nasi kukus ayam berempah Faizal kat Parit Buntaq. alhamdulillah.. weh, aku takdak duit weh skang tapi awat aku dapat makan benda2 special ni?

tu semua rezeki dari Tuhan.. believe me! jangan mintak kepada manusia. minta hanya kepada Allah. sebab Allah yang bagi kita semua benda, dengan adanya perantara. usaha untuk berjaya mesti kena ada.

aku bercadang insyaAllah nak jual aiskrim pasu kat mana-mana pasar malam kat parit buntaq ni.. weh, pulangan insyaAllah memang lumayan. memang kena kerja keras la weiii..

ikut kata Imam Hassan al-Banna "Berniagalah kamu sekalipun kamu telah kaya" sebab kekayaan itu tidak selama-lamanya. oleh itu kita kena berusaha sekuat-kuatnya. sebenarnya itulah kelemahan aku, bila aku sudah kaya, sudah ada duit, aku tinggalkan dunia perniagaan. pastu bila habis duit, mula la ligat otak camna nak mula bisnes balik.

Allahu...

tadi lepas makan Roti Balak (tuhdiaaa kenyang gila) besaq macam kayu balak dah. makan berdua. kami didatangi staf USM yang agak rapat dengan sahabat aku tu. dulu dia kerja pengurus pendaftar school aero, and pengalaman 29 tahun bersama USM. subhanallah. orang hebat. bulan 7 ni dia pencen and he got plan to ride his BMW, dia dah beli BMW untuk cuti bersara nanti wehh.. bes tak bes?

memang benda tu dunia, but it is his reward after all. dia ada bagi suntikan motivasi. TRIPLE YOUR EFFORT. bukan double lagi effort sekarang ni, misi nak naikkan pointer sehingga ke atas! maksimum! Allah!

FYP, dan tinggal sem depan sahaja lagi. sem depan ada 2 paper untuk final exam, insyaAllah fatimah, you can do it, orang lain boleh buat, awat kamu tak boleh buat?! betoi ka dak? haha

pastu tadi Encik tu ada mintak nama and no. ic, pastu bila tgk aku bulan 12, dia bagi aku tips, baca surah al-Insyirah, al-Ankabut dengan surah Yusuf. amalkan doa nabi Yusuf jugak. dia kata camni kat aku "huihh,,dapat laki hensem ni" sebab aku lahir bulan 12 (tengok dr no. ic aku) kah3.. memang lawak. aku aminkan aje la ape dia cakap. tapi aku ni jenis kuat jeles sket. alangkan yang tak hensem pun aku jeles. apatah lagi sehensem Nabi Yusof. subhanallah.. jap, aku kongsikan doa nabi Yusuf tu.


*******loading********

huhu.. disebabkan banyak sangat kelebihan surah Yusuf ni, aku tak jadi nak kongsikan kat sini sebab aku nak baca dari ayat awal hingga akhir surah Yusuf. nakkan semuanya. jadi, baca semua insyaAllah. 

bawah ni aku kongsi la blog yang insyaAllah boleh dipercayai. tekan warna biru bawah ni k.

hikmat dan rahsia al-Quran


orait, gua pun dah ngantuk. semenjak dua menjak ni, aku rasa setiap hari. aku dengar orang suruh aku (generally org tu bgtau kat semua tp aku termasuk sekali) untuk bertahajjud. dari orang2 yang berlainan la.. mungkin Allah panggil aku untuk kuat! bangun tahajjud. Allahhhh.. pinjamkan aku kekuatan. aamiinnn.. ok la.. wassalam!

^_^ senyum selalu! ingat eh, TRIPLE YOUR EFFORT!


Monday, January 26, 2015

aku rasa aku dah matang

assalamualaikum! terlajak lulussss

haha.. alhamdulillah officially hari ni aku lulus lesen D dan B2. kete moto la jawabnya. haha..

bersyukur sangat! nanges2 aku bila tau aku lulus. ye la, ni aku repeat test tau! dulu masa test sekali, SEMUA GAGAL. memang aku nanges2 sedih gle, aku nanges dengan ayah aku. alhamdulillah kali ni SEMUA LULUS.

kawan aku kata, bagusnya tim, lulus semua.. huh! tak tau dulu aku semua gagal.

Allah,, betul. setiap kesusahan pasti ada kesenangan. mungkin tak semua orang rasa macam mana gagal lesen, lebih2 lagi pakai duit sendiri. masa aku mula2 masuk usm, aku cakap dengan ayah, nak amik lesen. ummi aku cakap amik lesen pakai duit sendiri. memang aku amik cabaran tu, sebab aku ni macam pantang dicabar dan aku ada kesungguhan yang kuat kalau nakkan sesuatu. dan aku pasti itu akan menjadi milik aku.

tapi apa pun, berbalik pada qada' dan qadar Allah. kita hanya mampu berusaha.. jangan lah frust sangat kalau kau tak dapat something tu. sebab dalam al-Quran pun ada cakap,

"
from : https://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/10/02/apa-yang-kamu-benci-mungkin-baik-untuk-kamu/

haaa.. bukan aku yang cakap. tapi al-Quran ada dicatatkan. :)

OH YE, apa yang aku rasa aku dah matang tu sebab aku dah semakin mengenali dunia, mengenali watak orang dan yang paling penting, Allah sentiasa bersama aku. matang la tu. hehe

sejak2 dah dapat lesen ni, aku cadang nak beli kereta. yang 2nd, murah2 je.. insyaAllah bermanfaat. aaminn.. ^^ oklaaa, aku chow. hihi

wassalam. 

Sunday, January 25, 2015

meran fans

assalam semua~ aku tanya apa khabar~

haaaa.. aku ada cerita hot yang aku nak bagitau, kisah ni terjadi pada malam tadi.

lepas aku p ceramah Ustaz Jafri kat Surau Mujahideen Kampong Kedah.

best kata luuu p ceramah dia.. taubat aku sekejap dengan selfie terlajak laris. huk2,, tapi aku tak sentuh dia pun ehh.

aku insyaf la dengan penyampaian Ustaz. ada bab berkat dalam hidup, dan beberapa fadhilat amalan2 yang aku dah tau dan yang aku tak pernah tau. subhanallah.

tapi sebenanya bukan cte hot ni yang aku nak cerita. takpela, dah terlanjio eh, terlanjur aku taip pasal ceramah malam tadi, bolehla aku kongsi sikit apa yang buat aku insaf. sebab betul-betul kene dengan aku.

untuk seri wajah, jaga wuduk. solat kena jaga jugak. boleh hilang berkat even kalau sorang dalam family tak solat. hutang keliling pinggang, disaster, rumah tak aman, boleh jadi sebab salah seorang contoh adik tak solat. haaa.. bahaya tu.. aku fikir camne laaa adik2 aku ni, dah la lelaki. Allah, potong bawang.

Rezeki tak berkat. duit 1000 sebulan, kalau tak berkat rezeki tu, sekejap je habis. habisnya tak tau kat mana.. bila ditanya, blur. aku camtu wehh,, duit dapat sekejap je habis. beli baju bagai. bila ayah tanya, tgk2 tinggal 100 je. Allahu.. teruk aku ni, berkat dalam rezeki takde.. bersedekahlah kamu..

Ya Allah, berkatilah aku, umurku, keluargaku, dan hartaku.

maksud BERTAQWA
- buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
- takut kepada Allah macam rasa yang Allah sedang melihatnya. (ihsan)

maksud WARA'
-fikir pahala dosa sebelum buat sesuatu.
contoh macam kau beli mee kat mydin, kau tengok ada halal tak. ok ada, pastu kau tengok syarikat mana yang buat. Ta Ik Ku Cing punya company. ok tinggal. jangan amik. that is wara'. berkat pun ada dalam makanan tau, contoh kau beli ayam golek kat makcik yang tak pakai baju. eh, tak pakai baju yang tak tutup aurat sepenuhnya, pakai tudung tapi baju lengan pendek. terdedahlah lengan wane coklat. apa yang kita makan dari masakan makcik tu dikira berkat ka? kalau perintah Allah pun dia tak laksana betul2, ingat kalau kita makan masakan dia, kita akan jadi lebih alim ka?

lu pikir la sendiri. :D

HMMM... AKU pun baru tau yang kalau kita baca 10 kali surah al-ikhlas sehari sebelum subuh, kita akan dapat bina 1 istana dalam syurga. hebat tak hebat. takpaklaaahhh tak dapat bina istana dalam dunia. apa yang kita tak dapat sekarang, kita akan dapat ganjaran di akhirat kelak. Allah simpan yang lebih baik untuk kita. macam kisah sahabat nabi yang kaya-raya sebelum masuk Islam, tapi selepas menjadi Muslim, dia tinggalkan hartanya sebab didapati susah untuk beribadat sambil meniaga. huhu.. even bila dilantik menjadi gabenor di Damsyik, dia yang paling miskin, even tiada sehelai selimut pun untuk tidur. sebab beliau kata, bila aku mati nanti cepat sikit aku masuk istana aku, takde harta yang akan dihisab satu per satu. Allahu..

 Beribadatlah kamu sepuasnya, kerana rehatmu adalah matimu.

sabar dengan maksiat, sabar dengan dunia..

alhamdulillah, habis dah ceramah. ok, aku nak teruskan apa cerita hot tu.

lepas ceramah tu, kami p lepak (makan) kat Along Char Kuey Teow. punya laaaa ramai weh dalam tu, alhamdulillah dapat tempat duduk, rezeki ni namanya.. kami order la CKT kecik yang berharga 3.50.. lama jugak menunggu, dalam 30 minit gak r, kawan aku dah pedih perut menahan lapo. aku biasa je. dah biasa tahan lapo ni. haha...

dalam tengah menunggu tu, aku usha2 la orang yang makan, tunggu, usha la sume... eh, alamak mamat ni usha aku pulak. kah3.. yang aku tak tahannya, muka dia macam AMRAN FANS!!! gle tak wei? aalamak, nak gak selfie ngan meran ni, pg tadi da selfie ngan terlajak laris. haha..

tapi aku masih berfikiran waras. aku selamba je.. terus borak gelak2 dengan member kesayangan aku ni.. dia pun akui yang mamat ni sebijik macam amran fans. ehhh,, kang aku panggil polis kang. tapi nanti sayang pulak sape nak teruskan legasi amran fans. aku ke? hahhaahah

lama kami tunggu, akhirnya sampai jua CKT. weh, sedap nak MAMPO*, hahaha... besar dan banyak udang. harga yang murah. kalau kat Omaq ni, 5.00 baru dapat. syukur2,, aku nak kata camni,

WAITING WORTH BEST.

haaa,,, menunggu sesuatu yang lebih baik itu bagus!

hehe..
aku makan tak pandang langsung meran tu, lepas aku dah habis makan, dia pergi.. babai abang am.. *bluekkk*

haha.. adoiyaii,, kompleks jadi wanita ni, dipandang. huhu..

kla,, bla dulu.

wassalam. 

Saturday, January 24, 2015

terlajak we-fie

terlajak laris!!

haha.. akhirnya dapat jugak aku melihat dengan mata aku sendiri keberadaan Dato' ni.. walaupun gambar aku dengan Dato' agak dekat, tapi percayalah kami tidak bersentuhan yang boleh menyebabkan batal wuduk aku. heh

sebenarnya lama dah minat Dato' ni,, minat dengan kesungguhan dia dalam perniagaan, hebat sangat. tak mengenal erti putus asa, walaupun kaya dah ada ferrari sekalipun, tetap merendah diri. haha.. sumpah lawak betul Dato' ni. tengkiu Dato'!! 

cita2 aku nak beli D'Herbs Diet Gold dengan Krim Makbul Munajat. nak bagi lemak hilang serta-merta. ewahhh.., pastu sempat lagi merasa duduk dalam Myvi 1.5 Advance. subhanallah... sedap tuhdiaaa!! rasa macam sesuai beno aku pakai Myvi ni, tapi ikutkan kata motivasi, kita kena hidup di bawah kemampuan kita.

Contoh kalau aku mampu pakai Myvi, seeloknya pakailah kancil 660c. 
kalau aku mampu beli rumah banglo, seeloknya rumah biasa pun dah cukup.

harta kita, bukan semuanya milik kita. boleh jadi milik waris kita. apa yang kita sedekahkan, harta kita wakafkan itulah sebenarnya harta kita. untuk timbangan kelak. 

ok, chow chin chau!! 

terlajak taip! 


Friday, January 23, 2015

Tahun 23?!

Assalamualaikum angels!
 aha!

jet-jet baik kan, angels? tapi tak salah nak jadi baik.

omai..

it's me! kalau aku hilang nanti, aku tak jamin kau boleh jumpa dengan tunjuk gambar ni. haha.. camera lies! 

dah tua dah aku. sampaikan mana2 aku jumpa, semua budak bawah umur aku. Allah, moga berkati usia ini. aamiinn.

oh ye, satu impian aku dah tercapai untuk tahun ni, lulus lesen motor. mesti tertanya-tanya awat lambat bebenor amik lesen motonye.. tapi itulah syarat ummiku, nak amik lesen kena pakai duit sendiri. sekarang baru tengah struggle nak amik lesen di samping beberapa cita-cita lain yang aku masih kejar dengan merangkak kot. 

betul kata pepatah, kejar cita-citamu bagaikan tiada mati. beribadatlah kamu bagai tiada hari esok. insyaAllah i'll try my best!