Tuesday, January 27, 2015

kaya dalam kemiskinan

wassap bro! haha.. Assalamualaikum!

eh, apesal aku nampak happy je ni kan? hoho.. baru balik dari makan Roti Balak kat Balak Inn. tuhdia, hari ni makan nescafe with oat, pahtu makan malam coconut shake (Balak Inn) ngan nasi kukus ayam berempah Faizal kat Parit Buntaq. alhamdulillah.. weh, aku takdak duit weh skang tapi awat aku dapat makan benda2 special ni?

tu semua rezeki dari Tuhan.. believe me! jangan mintak kepada manusia. minta hanya kepada Allah. sebab Allah yang bagi kita semua benda, dengan adanya perantara. usaha untuk berjaya mesti kena ada.

aku bercadang insyaAllah nak jual aiskrim pasu kat mana-mana pasar malam kat parit buntaq ni.. weh, pulangan insyaAllah memang lumayan. memang kena kerja keras la weiii..

ikut kata Imam Hassan al-Banna "Berniagalah kamu sekalipun kamu telah kaya" sebab kekayaan itu tidak selama-lamanya. oleh itu kita kena berusaha sekuat-kuatnya. sebenarnya itulah kelemahan aku, bila aku sudah kaya, sudah ada duit, aku tinggalkan dunia perniagaan. pastu bila habis duit, mula la ligat otak camna nak mula bisnes balik.

Allahu...

tadi lepas makan Roti Balak (tuhdiaaa kenyang gila) besaq macam kayu balak dah. makan berdua. kami didatangi staf USM yang agak rapat dengan sahabat aku tu. dulu dia kerja pengurus pendaftar school aero, and pengalaman 29 tahun bersama USM. subhanallah. orang hebat. bulan 7 ni dia pencen and he got plan to ride his BMW, dia dah beli BMW untuk cuti bersara nanti wehh.. bes tak bes?

memang benda tu dunia, but it is his reward after all. dia ada bagi suntikan motivasi. TRIPLE YOUR EFFORT. bukan double lagi effort sekarang ni, misi nak naikkan pointer sehingga ke atas! maksimum! Allah!

FYP, dan tinggal sem depan sahaja lagi. sem depan ada 2 paper untuk final exam, insyaAllah fatimah, you can do it, orang lain boleh buat, awat kamu tak boleh buat?! betoi ka dak? haha

pastu tadi Encik tu ada mintak nama and no. ic, pastu bila tgk aku bulan 12, dia bagi aku tips, baca surah al-Insyirah, al-Ankabut dengan surah Yusuf. amalkan doa nabi Yusuf jugak. dia kata camni kat aku "huihh,,dapat laki hensem ni" sebab aku lahir bulan 12 (tengok dr no. ic aku) kah3.. memang lawak. aku aminkan aje la ape dia cakap. tapi aku ni jenis kuat jeles sket. alangkan yang tak hensem pun aku jeles. apatah lagi sehensem Nabi Yusof. subhanallah.. jap, aku kongsikan doa nabi Yusuf tu.


*******loading********

huhu.. disebabkan banyak sangat kelebihan surah Yusuf ni, aku tak jadi nak kongsikan kat sini sebab aku nak baca dari ayat awal hingga akhir surah Yusuf. nakkan semuanya. jadi, baca semua insyaAllah. 

bawah ni aku kongsi la blog yang insyaAllah boleh dipercayai. tekan warna biru bawah ni k.

hikmat dan rahsia al-Quran


orait, gua pun dah ngantuk. semenjak dua menjak ni, aku rasa setiap hari. aku dengar orang suruh aku (generally org tu bgtau kat semua tp aku termasuk sekali) untuk bertahajjud. dari orang2 yang berlainan la.. mungkin Allah panggil aku untuk kuat! bangun tahajjud. Allahhhh.. pinjamkan aku kekuatan. aamiinnn.. ok la.. wassalam!

^_^ senyum selalu! ingat eh, TRIPLE YOUR EFFORT!


No comments:

Post a Comment