Saturday, February 28, 2015

Tiada

Tiada jalan yang tiada liku,


Tiada cinta yang tiada rindu. 

macam biasa


Assalamualaikum..

sejak malam tadi sampai sekarang aku masih dalam mood sedih. boleh dipanggil sebagai homesick la.. dah sebulan seminggu aku tak balik. tak jantan r camni. huwaaa!!! aku bukan jantan. dah 2 hari aku menunggu panggilan dari ibu aku. alhamdulillah telepathy ibu dengan anak kuat, so malam tadi aku dapat call. dengan cepat dan pantas, segera aku merembat telefon di atas meja. tgk ibu call.

aku dengan hati yang ceria plus sedih, jawab call..

hello~~ assalamualaikum....

wa'alaikumussalam...

ibu~~~~~~

haaaa... haritu ibu tepon tak angkat

alaaa.. masa tu akak tak bawak fon... hmmmm.. ibu,..... nak balikkkk... rasa macam nak berlari balik rumah..

hahahah

ibu da makan?

dahh.

ibu makan apa?

nasi dengan ayam 3 rasa

sedapnyaaa.. ibu,, akak da lamaaaa teringin nak makan ketam..

haa,, nanti balik ingatkan ibu,, kalau tak hari2 ibu masak ayam. haha

hihi.. ok...

ude haritu baru makan ketam, ciknoma masak lemak cili api

huwaaa.. sedapnyaaa.. T_T

takpe,, nanti akak balik kita buat cheesecake

hmm? taknak.. nak makan masakan kampung2 je.. asam pedasss.. sedapnyaaa

ibu pun da lama tak buat asam pedas.. ye la, asam pedas tak boleh makan dengan mihun, mee.. senang buat 3 rasa je, boleh makan dgn nasi, mihun..

blablabla - keep going until 16 minutes we talked.

sumpah rindu ibu.. ibu kata kat sana diet je.. nanti kat rumah makan macam2. lepastu tido. makan. tido. makan. tido.

HAAHAHAAHA

that's my job when going to rumah ibu. ada la tolong sikit2, tapi lepas makan aku ngantuk, then tido. lepastu ibu ajak makan lagi.. aku bangun, makan.. tolong2 sket. ngantuk, tido. KAH3

malam2 ikut ibu niaga kat bazar karat JB. kat sana jumpa kawan2 ibu,, macam2 komen la aku dengar dari kawan ibu aku, tanya da cuti? ble abes? pastu tak kurang jugak dapat hadiah. hahaha.. bes la niaga dengan ibu.. hihi

aku rasa dah lama sangat aku tak tido sampai zohor. so, hari ni kan cuti, jadi aku tido lepas subuh, bangun bukak mata pukul 11.45am, sedapnyaaa rasa angin kat luar.. sedap ni tido.. aku sambung tido sampai azan zohor. kira hari ni aku tak solat dhuha. huhuhuhu.. tapi aku rasa nikmat gle tido hari ni.. rasa macam nak menari2 kegembiraan sebab aku tidur lama sangat hari ni.. hihi

cari jurnal~~

aku masih dalam mood lagu korea and lagu sudirman. lagu2 yang tenang untuk hari sabtu yang bes ni. hehe..

k la, bye2..

assalamualaikum~

Thursday, February 26, 2015

FYP!!!!!

SALAM JUMAAT uollsss~

assalamualaikum..

hmmm,, hari ni aku happy sangat sebab dapat jumpa supervisor aku, Dr. Soib. everytime aku jumpa dia, aku akan dapat something yang baru. yang boleh menaikkan semangat aku untuk buat fyp. tapi malangnya, bila aku kat bilik, aku dalam mood relaks. macam tak boleh nak buat apa-apa. haha.. padahal kat skul, aku tulis semua benda yang perlu aku buat bagai.. cari jurnal, call orang blablabla.. bila dah sampai bilik, it's all gone.

hmmm,, ingat tim!
ni last sem kau. sekarang ni pulak baru seminggu start sem. cakap kat diri, subjek ni dapat A tau tim.. insyaAllah, make it perfect. bersyukur sebab ada sahabat yang selalu encourage hang.. go tim!

FYP, jangan banyak alasan tim.. xde moto la, xde kredit la. boleh je semua tu. kau usaha lebih sikit. pernah terbaca,

"budak dekan, berlari tika ramai orang berjalan. "


means aku kena lari la ni? haha

semangat tim! kena ada due date on what your planning about. and yet your program will be accomplished. insyaAllah.

kejap lagi aku kena jadi emcee Masterchef-to-be. jangan krik2 sudah. hahaha

FYP! GO! LAST SEM!

pastu keje. kawan aku dia kata "tak sabar nak keje, nak bagi duit kat mak ayah.. rasa macam selalu susahkan mak ayah.."

woha! aku bersetuju sangat apa yang dia cakap. insyaAllah, mungkin hang dapat keje sebelum grad lagi. hehe.. aamiinnn...

hmm, k la.. qailulah sat.

wassalam.

alhamdulillah, siap 1 chapter

assalamualaikum~

esok (hari ni sbnanye) aku kena hantar first three chapter of my thesis. and aku baru siap 1 chapter. tinggal chapter literature review dengan methodology. huarghhh.. aku dah ngantuk. bertemankan lagu korea dan hindustan. huhu... lentok weh.

hmmm, actually aku sekarang ni concern 1 benda. bawah mata aku gelap. disebabkan aku kurang zat besi. masa aku nak derma darah dulu2 pun, terbantut niat aku nak derma sebab aku tak cukup haemoglobin. hampir macam kene anaemia la.. tapi paras haemo aku tak bawah 11. so, aku masih dianggap sihat. alhamdulillah..

oh ye, kalau nak kata, family aku takde rambut perang. aku pun pelik kenapa aku pulak macam mat salleh. haha,, sampai kawan aku panggil "tim ni macam orang mexico" "saya ingatkan orang putih mana tadi" "kak tim dye rambut......" adoiyaiii.. ni semua sebab zat besi tak cukup dalam badan aku. hmmm... sedih gak.. sebab tak normal sgt macam orang lain.

so, aku nak try la makan something yang boleh tambah zat besi. contohnya daging merah, sayur kailan, macam2 lagi la.. telur pun boleh tambah zat besi. memang sekarang aku hari2 makan telur. telur kat kafe halim sumpah sedap. kalau aku kat rumah, memang sure aku rindukan telur sambal. haha..

kalau aku makan dengan ju, ju suka makan hati dan perasaan. means makan hati ayam. aku percaya makan hati memang boleh tambah darah. tadi aku pergi kafe halim, dengan niat nk berbuka dengan hati ayam. tapi atas takdir Allah, takde pulak.. haha,, baru hari ni nak cari hati. hari ni jugak xdak hati. kawan aku tegur "Nabi tak makan organ2 dalaman, tak elok" so, aku dengan berat hati, tinggalkan hati. haha..

las2 aku berbuka dengan nasi yang berlambak di atas pinggan, daun2 ulam yang banyak gila sampai hang boleh konfius la aku ni kambing ka manusia. hahaha.. oh ye, dengan telur sambal. sedap gle. eh, sambal belacan 4 sudu aku amik. sedapnyaaa.. alhamdulillah hihi

so, esok bermulalah aku makan oat ja.. huk3.. xpe.. bagi ringan lagi aku ni. hehe..

k la.. aku da ngantuk.

teruskan semangat tim!

2 more chapters!
insyaAllah.

assalamualaikum~

Wednesday, February 25, 2015

kagum dari jauh

assalamualaikum~~~

sebenarnya, entri malam ni nak cerita mengenai seorang sahabat yang ana panggil enta.

seorang anak, yatim piatu, kisah hidupnya memang selalu buat aku menitiskan air mata.

dia, buat aku sakit hati kalau dalam meeting.

sikap dia, bukan sebab dia orang penang. bahasa kasar. hmmmm

even dalam meeting tu, aku rasa macam nak tumbuk je mulut dia, tapii

di pengakhiran meeting, dia sempat cerita,

pointer dia sem lepas jatuh merudum.

arwah mak dia meninggal sem lepas. disebabkan hati yang lara, membawa diri keseorangan.

ye la wei, mak kot.. astaghfirullah..

mesti sedih gle. dia cerita, kawan dia dulu, masa skola rendah, nak upsr sama2. mak ayah dia meninggal sebab kemalangan. sedih memang sedih. tapi, jawapan kawan dia memang sangat menenangkan.

dia kata "memang aku sedih, tapi mak ayah tu Allah bagi pinjam ja kat kita. kalau hang bagi pinjam barang, hang mesti nak balik. betul tak? aku ada adik2, aku anak sulung. kalau aku lemah, adik2 lagi takdak semangat nak teruskan hidup. betul, hidup memang kene teruskan."

lepas dapat keputusan 5A dalam upsr, terus kawan dia keje untuk tanggung adik2 dia.

Allahuu.. sedih,,

yang kawan aku ni pulak, dia anak bongsu.. abang kakak semua dah keje.. kira ok sikit la dari kawan dia.. tapi tetap sedih.

dia memang steady. patut la dia tak gentar hadapi kesusahan dan kegelapan. sebab banyak lagi perkara sukar yang dia telah hadapi.

serius. dia memang steady. papepun, moga enta jadi pemimpin yang bertoleransi insyaAllah. :)

Sunday, February 22, 2015

art

assalamualaikum awak...

haha.. i know that i love to take photos and at the same time, i loved to be photoed. haha..

alhamdulillah He gave me all these talents and i just play with it!

photograph and art of editing is my skill. walaupun tak guna cs6.


i LOVE this!


her favourite! 

ok la, gonna chow. assalamualaikum

Saturday, February 21, 2015

kenduri kawen dan tarbiyah buat ana

haha.. assalamualaikum dunia~~~ okeyh, hari ni sedari pagi aku pegi kenduri bersama juliana sardi. 
gambo tu, muke tak rela amik gambo dengan bebudak ni. haha.. kami nak amik gambar kami jaaaa... tapi ada bebudak ni yang kami kena layan. jadinya, kami pun melayanlah depa,,, 
dari kiri: ju, elisa, izwan, tim, hakim, mia dan hmmm... krik2, aku lupa. 

bes sangat keluarga ni.. kecoh dan sporting. insyaAllah moga Allah berkati semuanya. aamiinnn.. 

haaa.. inilah juju.. cantik kan? comel gle pulak tu. untung sape dapat dia, dah la bijak, cantik, pandai, berbudi bahasa, sopan santun, berbudi pekerti, berintegriti dan berbagai-bagai lagi lahhh.. hihi

ok now, aku nak tunjuk satu persatu hasil seni aku. ewahhh, berbakat sungguh,


ju dalam gambar ni nampak kurus sgt, 50 kilo nampaknya. haha


yang ni dalam 60kilo nampaknya, haha.. 



hihi... comel gambo ni. gambo ni je,, aku tak la. hahha


seriusly aku suka gamba ni. 


hmmm,, this picture is one of my favourite. ^_^ aku baru perasan aku suka amik gamba tutup mata.
haha.. suka2


haaaa,, aku paling suka gambar ni. nak jadikan dp? memang tak laaa.. kawan aku kata menggoda gle, so, better keep it here, hehe


fake smile. kih2


ju cantik!!!!
oklah, setakat ni je.. papepun, i love u! insyaAllah sahabat till jannah my dear. hihi.

assalamualaikum dunia~~~

Friday, February 13, 2015

menghitung hari

assalamualaikum my all dearies..


alhamdulillah sihat jahhh,, lama dah tak update blog ni, ambang2 sawang pun dah nampak sikik. haha

well, me with terengganu-ian, kelantan-ese, kedah-ian.. their slang memang lawak. selalu mengajuk cakap dorg. haha.. tp in not annoying way la ofkos. aku sayang kot depa ni suma. hehe

btw, dah berapa hari ni consistently aku joging. dengan sahabat sejak matrik. dialah pembakar semangat aku untuk terus berjoging.. dan tadi aku baru ja melantak nasi+ayam sambal+sayur goreng, pizza dominos, keropok ikan, jagung rebus.. wahhh,, alhamdulillah rezeki datang bertimpa-timpa, sebab esok dah start makan nasi dengan garam. hahaha LOL.

Tadi lepas joging, macam biasa, jenjalan kat kompleks sukan, kat track, then nampak macam ada orang main gasing. but, actually it's not gasing. it's petanque. like bowling game, in just a traditional way. tapi kan, bukan lah tradisional sangat, sebab bola petanque tu diperbuat daripada steel. so, hmmm.. modern gak la.. thanks guys! sebab sudi ajar kawan aku yang noob sangat nak main petanque tu. aku panggil 'petang'. hahah.. main masa petang kan, panggil la petang. kih3

oh ye, Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Allahummaghfirlahum, wa'afihim, wa'fu'anhum.

kehilangan ulama' besar, dalam negara serta yang diiktraf dunia.. Allahu,, dunia makin menghampiri kiamat, perginya pewaris2 nabi, satu demi satu.. moga perginya beliau, melahirkan 1000 ulama'. aamiinnn... ulama' yang baik sewajibnya. na'uzubillah ulama' yang jahat. yang menghasut.

insyaAllah 17/2 , keluarlah result untuk sem 1 final year. insyaAllah moga saya berjaya. aamiinnn.. hanya pada-Nya aku mengharap, dan meminta pertolongan.

ok,

*cintasampaimati*

wassalam. 

Monday, February 9, 2015

IKHTILAT

Sebenarnya, aku rasa bersalah..

rasa bersalah dengan semua.

dengan adik2 terutamanya. kita ajar mereka, tentang adab berikhtilat.

tapi, aku sendiri tak jaga ikhtilat ni..

aku malu, malu dengan diri sendiri.

jangan syok sendiri tim..

k la, babai...

assalamualaikum


Saturday, February 7, 2015

i love calaqisya!!

assalamualaikum,
here, i want to express my excitement on Calaqisya and the Calashoes sebab mereka berjaya buka cawangan ke empat di Bangi.. Allahuuu. bessss sangat tengok mereka berjaya.

bila agaknya giliran aku?

HAHAHAHAHA

aku tak berusaha mana.. sebab tu masih di sini. seharian dengan anime. ada yang bes. ada yang extreme. hmmm.. akuuu.. bosan.

sukitte-ii-nayo..

eh, nak cte sket la. semalam, 06/02/2014. first time dalam hidup aku, kene roadblock. wehhh,,,, aku dah ada lesen weh!

alamak, cuma aku belum ada lagi lesen P. auntie tu tak bagitau lagi bila lesen P aku siap. huhu.. ta zabarnyaaa..

ok la, chow! wassalam. 

Wednesday, February 4, 2015

Allah simpan lebih baik

Assalamualaikum readers tegar

dok scroll2 fesbuk, banyaknya benda yang aku nak. tengok makanan, auucchh, rasa nak makan. judging what will the taste like. takpela, macam manis sangat, sakit gigi aku nanti.

scroll lagi, nampak model pakai skirt kembang sangat, kain satin lembut beralun indah memanggil2 aku untuk membeli. pikir duit, hmmm.. takpela..

apa yang kita tak dapat kat dunia ni, insyaAllah Dia beri manisnya kat akhirat nanti. aku dengar dari ceramah Syeikh Habib Zainal Abidin kat youtube. bes sangat dengar ceramah dia, dengan suaranya yang lemak dan lembut (aisshh, macam masak lemak pucuk paku pulak) , jelas percakapannya, menusuk hati, moga dia ditempatkan temapt yang baik di sisi Allah sepanjang hayat dan matinya..

Allahu, tarbiyyah yang Allah beri, sifat qani'ah (merasa cukup) dengan apa yang ada. haha.. ye la wei,, baju aku berlambak2. nak diwariskan kepada adik? semua adik aku lelaki.

kesudahannya, baju-bajuku yang tak muat dikumpul dan dibungkus. untuk diberi kepada sesiapa. mangsa banjir dan anak yatim. kah3,, aku ingat lagi masa banjir teruk melanda negara kita tempoh hari. boleh dikatakan rata-rata yang bersedekah baju itu perempuan. dan pastinya memberi baju kurung yang banyak bergantung2 dalam almari entah berapa tahun tak pasti, lama sangat berkurun, baik bagi baju kurung tu semua kat mangsa banjir.

then, nampaklah gambar2 lelaki memakai baju kurung! semasa banjir, dengan air yang tinggi. hahaha!! nampak sangat tak sesuainye dok? bagi baju kurung kat mangsa banjir. baju kurung tu dah la tak berapa nak tebal kainnya, nak jadikan baju basahan untuk depa memang tak la.. kesejukan tuuuhh..

lagi satu baju kurung ni kalau pakai, masuk dalam air, tak terangkat sume kainnya? hahaha! memang sumpah lawak. kena fikir la wei, sesuai ka dak.. untuk lepas banjir boleh la kot. hehee..

oh ya, seeloknya bagi la baju kurung tu kat anak-anak yatim. bila difikirkan, kasihan depa.. time2 puasa dengan raya je mereka diraikan.. pegi rumah terbuka mana2. then waktu lain, sunyi sepi. huarrghhh!! sedihh.. alhamdulillah aku ada 2 mak 2 bapak. sobsss~~ moga Allah berkati mereka semuanya. aamiinnn.


okla, chow!

*dengar bacaan surah al-fath dan surah yusuf*

(wajib hafal surah al-fath)

hehe..

wassalam. 

Tuesday, February 3, 2015

Dherbs Glow B white

assalamualaikum readers~

today i would like to tell you things that i love the most.

eh, takdelahh.. sebenarnya aku nak cte.. yang aku... dah makan yong tau fu tadi. yong taufu kat penang (utara) memang lain daripada kat johor. dia guna kuah hitam yang pelik. yang aku tak pernah jumpa kat johor. aku harap aku takkan rindukan yongtaufu utara kalau aku kat johor nanti.. huhu..

sebabnya aku dah jatuh cinta jugak dengan yong taufu sini.. sobbsss..

sebenarnya aku rasa touching sangat sebab aku ada berchatting dengan sahabat baik aku ni... dia kata dia suka org yang suka kat dia, dia ni jenis macam xde keyakinan diri..

so aku cakap, untungnyaa ada orang confess kat kau, macam aku ni xde langsung nak confess sepanjang umur aku 23 tahun ni, unless masa umur aku 10, ada adik aku bagitau kawan dia (lagi tua dari aku) suka kat aku. haha.. dah berbelas tahun yang lalu confession tu..

tapi sampai la ni xde org nak kat aku.

"Jadi, selagi belum bertemu jodoh, nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya.. kita hidup atas dunia ni pun bukannya lama mana.. entah2 kejap lagi dah pupus.. jadi, selagi ada masa, gunakanlah dengan sebaiknya untuk menuntut ilmu dan menambahkan amal. InsyaAllah, sekiranya kita tak bertemu jodoh di dunia, kita pasti akan berkahwin juga di dalam syurga nanti (Allah akan kahwinkan kita dengan sesiapa saja yg kita teringin nak kahwin)."

haaa,,, ayat ni yang buat aku rasa aman..  subhanallah.. 

berbalik pada tajuk entri kali ni, glow b white, aku nak try.. sebab dah banyak sgt orang kata bende ni boleh bagi putih kulit. wallahu'alam.. Allah tentukan, kita hanya berusaha. :)

btw, aku pakai dherbs makbul munajat. tuhdiaaa panaihnyaa badan aku. lepas mandi, wajib sapu. haha.. nak bagi hilang lemak peha dengan lengan ni. hehehee.. insyaAllah. 
wassalam.