Tuesday, February 3, 2015

Dherbs Glow B white

assalamualaikum readers~

today i would like to tell you things that i love the most.

eh, takdelahh.. sebenarnya aku nak cte.. yang aku... dah makan yong tau fu tadi. yong taufu kat penang (utara) memang lain daripada kat johor. dia guna kuah hitam yang pelik. yang aku tak pernah jumpa kat johor. aku harap aku takkan rindukan yongtaufu utara kalau aku kat johor nanti.. huhu..

sebabnya aku dah jatuh cinta jugak dengan yong taufu sini.. sobbsss..

sebenarnya aku rasa touching sangat sebab aku ada berchatting dengan sahabat baik aku ni... dia kata dia suka org yang suka kat dia, dia ni jenis macam xde keyakinan diri..

so aku cakap, untungnyaa ada orang confess kat kau, macam aku ni xde langsung nak confess sepanjang umur aku 23 tahun ni, unless masa umur aku 10, ada adik aku bagitau kawan dia (lagi tua dari aku) suka kat aku. haha.. dah berbelas tahun yang lalu confession tu..

tapi sampai la ni xde org nak kat aku.

"Jadi, selagi belum bertemu jodoh, nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya.. kita hidup atas dunia ni pun bukannya lama mana.. entah2 kejap lagi dah pupus.. jadi, selagi ada masa, gunakanlah dengan sebaiknya untuk menuntut ilmu dan menambahkan amal. InsyaAllah, sekiranya kita tak bertemu jodoh di dunia, kita pasti akan berkahwin juga di dalam syurga nanti (Allah akan kahwinkan kita dengan sesiapa saja yg kita teringin nak kahwin)."

haaa,,, ayat ni yang buat aku rasa aman..  subhanallah.. 

berbalik pada tajuk entri kali ni, glow b white, aku nak try.. sebab dah banyak sgt orang kata bende ni boleh bagi putih kulit. wallahu'alam.. Allah tentukan, kita hanya berusaha. :)

btw, aku pakai dherbs makbul munajat. tuhdiaaa panaihnyaa badan aku. lepas mandi, wajib sapu. haha.. nak bagi hilang lemak peha dengan lengan ni. hehehee.. insyaAllah. 
wassalam.

No comments:

Post a Comment