Tuesday, August 23, 2016

Beli rumah jom!

Assalamualaikum bangsawan dunia dan  akhirat!

Sementara aku kat Maybank ni, aku kena lah bijak pasal kewangan ni untuk aku bawak keluar ilmu dari sini. hehehe..

tadi aku jumpa financial advisor untuk beli rumah. aku memang bercitacita nak beli rumah, untuk jadi seorang hartanah tu,, insyaAllah laa..

oh ye, apa yang aku mintak advice daripada dia adalah, untuk aku yang baru 6bulan bekerja ni kan, dia mintak aku simpan duit dulu dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau ada alternatif lain ialah Tabung Haji (TH) di mana dividen maksimum bulanan adalah 5%. Bagi aku nice juga kalau sebulan aku boleh simpan RM1000. Mengikut komitmen aku, bayar motor, bagi saguhati kat ibu, insurans, sumenye dalam seribu gak. jadi baki yang tinggal adalah 2k. tapi disebabkan aku ni shopping n makan lebih, slalu abes la duit tiap bulan, saving takdak. ni pun baru nak main duit kutu sebulan 400. hehe

ok, steps yang financial advisor bgtau tadi, bila aku dah berkenan sesuatu rumah tu, aku kene dapatkan info2 berikut:

1.  Alamat rumah 

haaaa,, ni bank nak kene tau rumah mana yang kau nak, sbb bank akan mengikut the market price, harga pasaran rumah pada waktu itu.

contoh kalau kau berkenan kat satu rumah ni, sub-sale (rumah 2nd hand) atau rumah yang baru dibina, then bank akan cari market price for that certain house. and bank akan ikut harga pasaran. sebab tu biasanya kalau nak cari rumah, cari yang di bawah harga pasaran.. sebab kau tak perlu risau lagi pasal loan yang akan dibiayai oleh pihak bank. means your price is secure!

Tipsnya di sini, kau dapatkan dulu rumah mana yang kau nak, then tanya bank mengenai harga pasaran rumah tu. baru kau confident dan tak mudah ditipu. hehe..

2. Keluasan rumah

Al-maklumlah,, makin luas rumah, mestilah makin mahal. So, bersedialah kalau nak rumah luas, insyaAllah fulus dan minda diharap bersedia. heee..

3. Pinjaman bank

ok, pinjaman bank atau dikenali sebagai loan. bank akan tengok kelayakan pinjaman kita berdasarkan gaji tetap dan komitmen tiap bulan. oh ye, berapa tahun maksimum loan akan mengikut faktor umur dan 2 perkara yang aku sebut sebelum ni. macam aku, financial advisor tu tak tau  pun umur aku berapa, tapi dia agak umur aku baru 20an, so dia buat kira2 berdasarkan umur dan gaji aku selepas ditolak socso dan epf, dia kata tahun maksimum untuk aku ialah 35tahun, dan loan maksimum yang aku boleh dapat ialah RM 250,000. hmmm... loan yang bank bagi pun, paling maksimum adalah 90% daripada harga rumah. takkan jumpa la orang boleh buat loan 100% kecuali hang beli keta. ok, tu dah cte lain. hehe

jadi pilihan aku sama ada nak beli rumah harga bawah 250k atau lebih 250k di mana aku kene cekau lagi duit untuk tampung harga rumah if aku beli rumah yang bernilai sejuta ringgit. kekeke

downpayment biasanya 10% daripada harga rumah, dan ianya daripada duit kita sendiri. oleh itu, amatlah penting untuk kita menyimpan dan boleh juga korek berlian dalam EPF. dalam akaun ke-2 la maksudnya. :) downpayment ni untuk bayar duit guaman dan pelbagai fees. get ready bebeh!

4. Jenis rumah

ada 2 jenis rumah yang kau perlu tau, iaitu landed dan non-landed. kalau landed iaitu seperti rumah teres, lot banglo mesti ada individual title (hak persendirian) sebagai bukti tanah itu milik kau. haaaa... kalau beli rumah non-landed (seperti apartment, townhouse, condo,  flat) mesti ada strata title. kalau dalam tv tu kan, banyak iklan pasal hak milik strata. apebende laaa strata2 ni, owh,, rupanya pecahan geran.. penting 2 bende ni ye, please have this document.

5. Yuran pelbagai

Yang ni aku dah state kat atas tadi, iaitu lawyer fees dan valuation fees. bayaq la service depa. win-win situation maa.. kita dapat rumah, dia dapat duit. ehhe.. ^^

ok la, aku pun teringin nak ada rumah siap ada swimming pool. insyaAllah. jom la datang umah aku, mandi2. hehee,, papepun, rezeki dari Allah. nak apa, mintak pada-Nya. ^_^

Thursday, August 18, 2016

Kekal Bahagia

Assalamualaikum my dearies! hehe..

Alhamdulillah masih bernyawa di hari Jumaat yang mulia sambil mendengar lagu feveret. huhu...

harini aku naik skuter sambil gelak2 kat jalanan. aku kenapa ntah geli hati harini. gelak sebab sendiri punya  silap. tapi takut jugak pape jadi, so aku istighfar balik. hehehe..

oh ye, disebabkan aku punya pinggang ni selalu sakit, so aku suspect badan aku perlukan susu stiap hari sebagai bekalan calcium. lepas bekfes kat laman maybank, aku cari la susu  kotak kecik yang berharga rm2.20.. aku beli je sebab aku tak kisah pasal duit. lagi2 untuk diri aku sendiri. tapi bila aku fikir balik. weh, rm2.20 tu mahal noksss.. lantaklah, dah habis aku telan dalam masa sesaat je. hahaha

tak sangka aku paling muda dalam tempat keje aku ni tak kisahla di maybank mahupun di vads ttdi. huhu. alaaa,, nanti ada jugak yang muda daripada kau. haha.. takyah la bangga sangat. no, actually apa yang aku nak muhasabah kat sini adalah, aku kene cepat belajar! supaya aku lebih tinggi ilmu dan boleh jadi mcm Jack kat opis aku tu. umo 26 dah jadi specialist. bapaks ah. best siot. siap ada CCNE. expert baq hangg.. so I'll be like him and more!

aku nak meniaga ni. jual karipap mama. nyummsss!! i guess this is the best plan that i can do now. aku ada jugak plan nak bukak booth coolblog. bapak ah mahal. rm155k modal dia?! hahaha.. aku niaga kecil-kecilan dulu lah. hihi.. insyaAllah.

eh agaknya nape aku letak tajuk entri ni Kekal Bahagia?

sebab! aku suka lagu niiiii... by IPPO HAFIZ.

Jap aku taip satu-satu lirik dia, sies weh jiwang. menusuk kalbu. eh, aku taip entri ni pukul 12.47 tengahari, bukan malam k. kalau dah jiwang tu, sentiasa jiwang, tak kenal siang ke malam. kekeke

KEKAL BAHAGIA - IPPO HAFIZ (comel je org yg nyanyi ni.. nak kenal plisshh)

Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu untuk menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada.. denganmu..

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini hanyalah padamu
Ku harapkan engkau yang terakhir 
dalam hidup ini
Setia bersamamu hingga hujung waktuku..

Kekal bahagia selamanya..

kannn,, jiwang kan... beshnye kalau ada org nyanyi utk aku. lol. tak nyanyi pun takpe. perasaan dia mcm ni kat aku pun dah cukup. hehehehe


ok lah wei.. nak membebel ape lagi. muah3.. assalamualaikum bebeh.

Saturday, August 13, 2016

Jumpa lagi!

Assalamualaikum!

lamanya tak update blog ni!

apa khabar semuanya? harap sihat blako deh.

haaa.. umur sekarang 23 tahun 8bulan. nampak je kecik nombornya, tapi besar impiannya pada waktu ini.

aku nak memiliki pasangan (terus terang!), rumah untuk dihiasi dan didiami dan kereta untuk senang kita ke sana ke mari.

insyaAllah ada rezeki, tak kemana, kesini juga nanti. haha

bulan 9, aku masuk shift untuk bekerja dalam persekitaran ku ini. tak sabar dan takut jugak untuk sesuaikan diri nanti. moga cemerlang semuanya. aamiinn..


oh ye, aku ada pakai nieve dd cushion, aku rasa inilah yang selama ini aku cari. glowing muka baq hangg.. ada sinar kasih. hahahaha. mesra wudhu, senang je terus amik wudhu. selain jadi sunblock, boleh jadi perawat muka jugak sebab ingredients dia semua baik untuk kulit. insyaAllah.




ok la weh, aku malas nak cakap banyak.

cuma nak cakap, aku nak mandi laut!!!!

dah. assalamualaikum. muah2