Tuesday, August 23, 2016

Beli rumah jom!

Assalamualaikum bangsawan dunia dan  akhirat!

Sementara aku kat Maybank ni, aku kena lah bijak pasal kewangan ni untuk aku bawak keluar ilmu dari sini. hehehe..

tadi aku jumpa financial advisor untuk beli rumah. aku memang bercitacita nak beli rumah, untuk jadi seorang hartanah tu,, insyaAllah laa..

oh ye, apa yang aku mintak advice daripada dia adalah, untuk aku yang baru 6bulan bekerja ni kan, dia mintak aku simpan duit dulu dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau ada alternatif lain ialah Tabung Haji (TH) di mana dividen maksimum bulanan adalah 5%. Bagi aku nice juga kalau sebulan aku boleh simpan RM1000. Mengikut komitmen aku, bayar motor, bagi saguhati kat ibu, insurans, sumenye dalam seribu gak. jadi baki yang tinggal adalah 2k. tapi disebabkan aku ni shopping n makan lebih, slalu abes la duit tiap bulan, saving takdak. ni pun baru nak main duit kutu sebulan 400. hehe

ok, steps yang financial advisor bgtau tadi, bila aku dah berkenan sesuatu rumah tu, aku kene dapatkan info2 berikut:

1.  Alamat rumah 

haaaa,, ni bank nak kene tau rumah mana yang kau nak, sbb bank akan mengikut the market price, harga pasaran rumah pada waktu itu.

contoh kalau kau berkenan kat satu rumah ni, sub-sale (rumah 2nd hand) atau rumah yang baru dibina, then bank akan cari market price for that certain house. and bank akan ikut harga pasaran. sebab tu biasanya kalau nak cari rumah, cari yang di bawah harga pasaran.. sebab kau tak perlu risau lagi pasal loan yang akan dibiayai oleh pihak bank. means your price is secure!

Tipsnya di sini, kau dapatkan dulu rumah mana yang kau nak, then tanya bank mengenai harga pasaran rumah tu. baru kau confident dan tak mudah ditipu. hehe..

2. Keluasan rumah

Al-maklumlah,, makin luas rumah, mestilah makin mahal. So, bersedialah kalau nak rumah luas, insyaAllah fulus dan minda diharap bersedia. heee..

3. Pinjaman bank

ok, pinjaman bank atau dikenali sebagai loan. bank akan tengok kelayakan pinjaman kita berdasarkan gaji tetap dan komitmen tiap bulan. oh ye, berapa tahun maksimum loan akan mengikut faktor umur dan 2 perkara yang aku sebut sebelum ni. macam aku, financial advisor tu tak tau  pun umur aku berapa, tapi dia agak umur aku baru 20an, so dia buat kira2 berdasarkan umur dan gaji aku selepas ditolak socso dan epf, dia kata tahun maksimum untuk aku ialah 35tahun, dan loan maksimum yang aku boleh dapat ialah RM 250,000. hmmm... loan yang bank bagi pun, paling maksimum adalah 90% daripada harga rumah. takkan jumpa la orang boleh buat loan 100% kecuali hang beli keta. ok, tu dah cte lain. hehe

jadi pilihan aku sama ada nak beli rumah harga bawah 250k atau lebih 250k di mana aku kene cekau lagi duit untuk tampung harga rumah if aku beli rumah yang bernilai sejuta ringgit. kekeke

downpayment biasanya 10% daripada harga rumah, dan ianya daripada duit kita sendiri. oleh itu, amatlah penting untuk kita menyimpan dan boleh juga korek berlian dalam EPF. dalam akaun ke-2 la maksudnya. :) downpayment ni untuk bayar duit guaman dan pelbagai fees. get ready bebeh!

4. Jenis rumah

ada 2 jenis rumah yang kau perlu tau, iaitu landed dan non-landed. kalau landed iaitu seperti rumah teres, lot banglo mesti ada individual title (hak persendirian) sebagai bukti tanah itu milik kau. haaaa... kalau beli rumah non-landed (seperti apartment, townhouse, condo,  flat) mesti ada strata title. kalau dalam tv tu kan, banyak iklan pasal hak milik strata. apebende laaa strata2 ni, owh,, rupanya pecahan geran.. penting 2 bende ni ye, please have this document.

5. Yuran pelbagai

Yang ni aku dah state kat atas tadi, iaitu lawyer fees dan valuation fees. bayaq la service depa. win-win situation maa.. kita dapat rumah, dia dapat duit. ehhe.. ^^

ok la, aku pun teringin nak ada rumah siap ada swimming pool. insyaAllah. jom la datang umah aku, mandi2. hehee,, papepun, rezeki dari Allah. nak apa, mintak pada-Nya. ^_^

No comments:

Post a Comment