Thursday, August 18, 2016

Kekal Bahagia

Assalamualaikum my dearies! hehe..

Alhamdulillah masih bernyawa di hari Jumaat yang mulia sambil mendengar lagu feveret. huhu...

harini aku naik skuter sambil gelak2 kat jalanan. aku kenapa ntah geli hati harini. gelak sebab sendiri punya  silap. tapi takut jugak pape jadi, so aku istighfar balik. hehehe..

oh ye, disebabkan aku punya pinggang ni selalu sakit, so aku suspect badan aku perlukan susu stiap hari sebagai bekalan calcium. lepas bekfes kat laman maybank, aku cari la susu  kotak kecik yang berharga rm2.20.. aku beli je sebab aku tak kisah pasal duit. lagi2 untuk diri aku sendiri. tapi bila aku fikir balik. weh, rm2.20 tu mahal noksss.. lantaklah, dah habis aku telan dalam masa sesaat je. hahaha

tak sangka aku paling muda dalam tempat keje aku ni tak kisahla di maybank mahupun di vads ttdi. huhu. alaaa,, nanti ada jugak yang muda daripada kau. haha.. takyah la bangga sangat. no, actually apa yang aku nak muhasabah kat sini adalah, aku kene cepat belajar! supaya aku lebih tinggi ilmu dan boleh jadi mcm Jack kat opis aku tu. umo 26 dah jadi specialist. bapaks ah. best siot. siap ada CCNE. expert baq hangg.. so I'll be like him and more!

aku nak meniaga ni. jual karipap mama. nyummsss!! i guess this is the best plan that i can do now. aku ada jugak plan nak bukak booth coolblog. bapak ah mahal. rm155k modal dia?! hahaha.. aku niaga kecil-kecilan dulu lah. hihi.. insyaAllah.

eh agaknya nape aku letak tajuk entri ni Kekal Bahagia?

sebab! aku suka lagu niiiii... by IPPO HAFIZ.

Jap aku taip satu-satu lirik dia, sies weh jiwang. menusuk kalbu. eh, aku taip entri ni pukul 12.47 tengahari, bukan malam k. kalau dah jiwang tu, sentiasa jiwang, tak kenal siang ke malam. kekeke

KEKAL BAHAGIA - IPPO HAFIZ (comel je org yg nyanyi ni.. nak kenal plisshh)

Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu untuk menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada.. denganmu..

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini hanyalah padamu
Ku harapkan engkau yang terakhir 
dalam hidup ini
Setia bersamamu hingga hujung waktuku..

Kekal bahagia selamanya..

kannn,, jiwang kan... beshnye kalau ada org nyanyi utk aku. lol. tak nyanyi pun takpe. perasaan dia mcm ni kat aku pun dah cukup. hehehehe


ok lah wei.. nak membebel ape lagi. muah3.. assalamualaikum bebeh.

No comments:

Post a Comment