Saturday, February 28, 2015

Tiada

Tiada jalan yang tiada liku,


Tiada cinta yang tiada rindu. 

macam biasa


Assalamualaikum..

sejak malam tadi sampai sekarang aku masih dalam mood sedih. boleh dipanggil sebagai homesick la.. dah sebulan seminggu aku tak balik. tak jantan r camni. huwaaa!!! aku bukan jantan. dah 2 hari aku menunggu panggilan dari ibu aku. alhamdulillah telepathy ibu dengan anak kuat, so malam tadi aku dapat call. dengan cepat dan pantas, segera aku merembat telefon di atas meja. tgk ibu call.

aku dengan hati yang ceria plus sedih, jawab call..

hello~~ assalamualaikum....

wa'alaikumussalam...

ibu~~~~~~

haaaa... haritu ibu tepon tak angkat

alaaa.. masa tu akak tak bawak fon... hmmmm.. ibu,..... nak balikkkk... rasa macam nak berlari balik rumah..

hahahah

ibu da makan?

dahh.

ibu makan apa?

nasi dengan ayam 3 rasa

sedapnyaaa.. ibu,, akak da lamaaaa teringin nak makan ketam..

haa,, nanti balik ingatkan ibu,, kalau tak hari2 ibu masak ayam. haha

hihi.. ok...

ude haritu baru makan ketam, ciknoma masak lemak cili api

huwaaa.. sedapnyaaa.. T_T

takpe,, nanti akak balik kita buat cheesecake

hmm? taknak.. nak makan masakan kampung2 je.. asam pedasss.. sedapnyaaa

ibu pun da lama tak buat asam pedas.. ye la, asam pedas tak boleh makan dengan mihun, mee.. senang buat 3 rasa je, boleh makan dgn nasi, mihun..

blablabla - keep going until 16 minutes we talked.

sumpah rindu ibu.. ibu kata kat sana diet je.. nanti kat rumah makan macam2. lepastu tido. makan. tido. makan. tido.

HAAHAHAAHA

that's my job when going to rumah ibu. ada la tolong sikit2, tapi lepas makan aku ngantuk, then tido. lepastu ibu ajak makan lagi.. aku bangun, makan.. tolong2 sket. ngantuk, tido. KAH3

malam2 ikut ibu niaga kat bazar karat JB. kat sana jumpa kawan2 ibu,, macam2 komen la aku dengar dari kawan ibu aku, tanya da cuti? ble abes? pastu tak kurang jugak dapat hadiah. hahaha.. bes la niaga dengan ibu.. hihi

aku rasa dah lama sangat aku tak tido sampai zohor. so, hari ni kan cuti, jadi aku tido lepas subuh, bangun bukak mata pukul 11.45am, sedapnyaaa rasa angin kat luar.. sedap ni tido.. aku sambung tido sampai azan zohor. kira hari ni aku tak solat dhuha. huhuhuhu.. tapi aku rasa nikmat gle tido hari ni.. rasa macam nak menari2 kegembiraan sebab aku tidur lama sangat hari ni.. hihi

cari jurnal~~

aku masih dalam mood lagu korea and lagu sudirman. lagu2 yang tenang untuk hari sabtu yang bes ni. hehe..

k la, bye2..

assalamualaikum~

Thursday, February 26, 2015

FYP!!!!!

SALAM JUMAAT uollsss~

assalamualaikum..

hmmm,, hari ni aku happy sangat sebab dapat jumpa supervisor aku, Dr. Soib. everytime aku jumpa dia, aku akan dapat something yang baru. yang boleh menaikkan semangat aku untuk buat fyp. tapi malangnya, bila aku kat bilik, aku dalam mood relaks. macam tak boleh nak buat apa-apa. haha.. padahal kat skul, aku tulis semua benda yang perlu aku buat bagai.. cari jurnal, call orang blablabla.. bila dah sampai bilik, it's all gone.

hmmm,, ingat tim!
ni last sem kau. sekarang ni pulak baru seminggu start sem. cakap kat diri, subjek ni dapat A tau tim.. insyaAllah, make it perfect. bersyukur sebab ada sahabat yang selalu encourage hang.. go tim!

FYP, jangan banyak alasan tim.. xde moto la, xde kredit la. boleh je semua tu. kau usaha lebih sikit. pernah terbaca,

"budak dekan, berlari tika ramai orang berjalan. "


means aku kena lari la ni? haha

semangat tim! kena ada due date on what your planning about. and yet your program will be accomplished. insyaAllah.

kejap lagi aku kena jadi emcee Masterchef-to-be. jangan krik2 sudah. hahaha

FYP! GO! LAST SEM!

pastu keje. kawan aku dia kata "tak sabar nak keje, nak bagi duit kat mak ayah.. rasa macam selalu susahkan mak ayah.."

woha! aku bersetuju sangat apa yang dia cakap. insyaAllah, mungkin hang dapat keje sebelum grad lagi. hehe.. aamiinnn...

hmm, k la.. qailulah sat.

wassalam.