Monday, April 27, 2015

dah nak sampai!

Assalamualaikum pembaca tegar!
hahahahaha

hari ni aku happy! walaupun pukul 2.15pm tadi mata aku dah nak mengeluarkan air mata kekesalan.

sebab baru hari ni aku buat fyp. Ya Allah, thanks!!!! sebab mulanya aku kene perli teruk ngan dr., then bila jumpa dia buat kali kedua, nak mintak pengesahan buat printed circuit board (PCB), Dr. mengharapkan aku punya FYP yang terbaik. dia nak masukkan aku dalam pertandingan student FYP yang terbaik under school. huhu.. terharu mak aihhhh..

Alhamdulillah, walaupun aku rasa aku tak layak, tp insyaAllah! aku akan buat bersungguh2 untuk report dan experiment aku.

Dr. kata tak sabar nak tengok result aku. aku cakap, Dr., saya lagii la tak sabar nak tengok result saya macam mana.

Dr. senyum je.. happy baq hangg!!

oh well, hari ni aku kene perli ngan rumet aku. haha.. aku tau yang aku siap lambat. tapi that's my way! aku pakai shawl, pakai sunblock. ofcoz la lambat... huhuhu... dia xyah gosok tudung.. ahhh, yang pastinya aku lagi cantik. LOL. astaghfirullah. tapi tu usaha kita la nak hias camne diri kita. bukan tabbarruj. aku tak pernah fikir lelaki pempuan nak cakap apa pasal fashion aku, yang pastinya aku selesa dan aku suka. dah la. YANG KAU SUKA TENUNG LAMA2, SAMPAI NAK XRAY PADIAAA!! aku rasa aku dah cukup tutup aurat dah, walaupun tak macam haya. tak semestinya pakai tudung bulat, baru tutup semua. aset lain2, nampak pun bende lain. hmmm.. payah orang laki camni, sampai aku rasa kenapa ada lelaki dlm dunia ni. tapi kalau xde lelaki, xde la ayah aku. huhu

kalau cara tu kau suka, suka hati kau la. ye dok? hahaha

dah la... aku penat dengan pelbagai kata2 orang ni.

nah, aku kongsi something. K WEH, WASSALAM.



Thursday, April 23, 2015

i can't stand with this!

Assalamualaikum,

insyaAllah aku dah ada plan untuk kerja dan sambung belajar.

dengan izin Allah, aku akan kerja di Telekom Malaysia, dalam rancangan setahun lepas kerja, aku sambung master kat Jepun. dengan biasiswa daripada MEXT.

aku ceritakan rancangan ni pada ayah,

ayah: wooo,, jepun negara paling mahal (barang) kat dunia..

aku: ada scholarship sebulan rm5,300..

ayah: sebulan ke setahun?

aku: sebulan.

ayah: haaa..betul ayah cakap td.. mmg tinggi kat sana..

insyaAllah. aku betul2 nak.. ayah nampaknya excited dengan rancangan hidup aku ni.. tapi masa 2nd call, aku tnya ayah, ok ke?

ayah: hmmm.. nanti akak da berumahtangga, dengan anak2 sume, kat jepun camne?

aku: hahah.. ala ayah,, akak rasa akak sorang je sampai tua nanti.

ayah: ada la tuuu,, esok ada..

aku: esok? esok la eh ayah?

ayah: eh akak, ayah xley lama ni.. makan pastu nak start kayuh balik. nanti pukul 4lebih boleh call balik.

aku: ooo.. ok ayah.. assalamualaikum..

*************************************************************

aku sebenanya terharu jugak bila ayah cakap camtu, dia takut aku terbeban dengan belajar dan family nanti. tapi aku nak keluar dari kempompong hidup ni. aku xboleh nak tengok je ada kawan2 yang mak ayah dia sambung belajar kat luar negara, sambil bawak anak2 sekali.. kan bagus anak2 dibesarkan dalam suasana pembelajaran. kalau mereka semua boleh, kenapa aku tak? kenapa aku mesti nak ikut tradisi lama, kerja, tanggung anak2 sampai besar.. aku mesti keluar dari kebiasaan. aku tak kisah berapa banyak tentangan. ayah pun percaya aku boleh buat sampai la ni.. dari sekolah teknik jb dulu, matrik kat melaka, uni kat penang... makin lama makin jauh.. insyaAllah aku nak ubah family aku.

sebaik2 perancang adalah Allah 'Azza wa Jalla..

siiru 'ala barakatillah.

wallahua'lam.

Wednesday, April 22, 2015

dilamar

Assalamualaikum..

tak tau nak kata apa.. tapi ana telah dilamar.
istikharah je mampu sekarang ni.

wallahu'alam.