Saturday, January 31, 2015

Barakah

assalamualaikum lovers and haters sekalian,,

aku ada bende yang paling aku pelik sekali kat sini..

pelik sebab apa dan kenapa azim unfren aku. pelik tak? pelik la woi!

alamak, aku ada buat silap pape ke dengan dia ni? aku dah pm dia. tp belum jawab. hahaa.. sumpah lawak, aku kene unfren.

suke? suke laaa.. sanggup weh nak unfren aku. adehh =.="

btw, malam tadi i feel the new feeling. haha.. makan aiskrim jagung yang besar dan murah, then beli biskut cream-o (mcm oreo tuuu) tumbuk2 bagi biskut tu hancur.. then tabur kat atas aiskrim. masyaAllah sedap wehhh!!!

macam tu rupenya rasa dia.. biskut tu jangan hancur lumat.. hancur sikit ja.. sedap sangat weh! hihi. alhamdulillah..

******

setiap hari aku berdosa, tiap kali juga aku bertaubat. sedihnya.. bila laa aku nak stop buat dosa.. malam tadi pergi masjid ar-Ridhuan kat parit buntaq tu.. ada ceramah pasal buku La Tahzan. tapi bukan isi ceramah nak aku ceritakan,

penat aku dengar ceramah, aku bangun. relakskan pinggang aku yang penat duduk. aku jalan2 kat ruang solat muslimat, aku diri depan ekon.. haha.. aku kan suke ekon, sambil ambik nafas dalam-dalam..sedapnya bau ekon... sejukkk je..

aku jalan lagi, pegi dekat rak al-quran, yaasin sume tu.. tetibe aku nampak tafsir pimpinan ar-rahman.. aku capai, owh, tafsir surah yusuf rupanya.. aku baca ayat 101.. baca maksud dia.. subhanallah.. patut laa aku disuruh baca doa nabi yusuf ni.. memang kena sangat dengan aku, antaranya mengenai kuasa, kematian yang baik, dan berdamping dengan orang yang soleh/ah..

thank you Allah.. ^^ for giving me this ilm'.. 

Thursday, January 29, 2015

hari gila

kah3.. hari ni hari gila aku. gila ketawa, gila makan, gila penat. gila rindu pun ada.

huhu... assalamualaikum dunia.. (macam lagu faizal tahir)

think of my fyp that never have its ending. plus more work to do on my fyp.

plus alhamdulillah that i have my lovely fren besides me.

and plus! dapat makan apa je yang aku nak.

insyaAllah esok malam ada ceramah Ustaz Fawwaz Md Jan kat masjid taman ilmu. tapi my lovely fren tu balik kampung halaman dia esok pagi.. so,,,, nampaknya aku pegi sorang la kot. huhu..

hmmm.. kenapa ek? aku ni... plis la fatimah, dia dah move on dengan hidup dia dah. dah wujud orang lain dalam hidup dia.. dah hapus aku dalam diari dia, kenapa kau tetibe ingat pasal dia? aku dah putus harapan dengan lelaki. i guess i'll never find a guy that will be my husband in future.

entahlah kenapa aku tetiba fikir pasal ni, mungkin besfren aku setiap bulan dah nak datang.. tu perasaan je fatimah. tak payah nak ikutkan sangat.

dah kau tau dia jenis macam tu, yang jenis layan pempuan sini sana, dah tu kau nak ke lelaki camtu? sedar plis fatimah, dia tak hensem. tak hensem langsung. bodoh lagi. memang serius hati aku sakit, macam pecah berderai hati ni lepas bagi cinta ni kat dia.

dah 2 bulan. moga aku lupakan dia selamanya. moga dia segera lenyap dari ingatan dan fikiran aku.

Allah... i love u more, more than else. more than anyone. hanya Allah sebaik-baik penolong. bila aku susah, aku minta pada Allah. bila aku senang, aku bersyukur pada Allah. bukan cinta palsu engkau yang dahulu.

terima kasih Allah, kerana membuka mataku dengan keburukannya. yang tidak dapat aku terima walau berapa kali dia menyesal. hah. aku rasa dia takkan menyesal. biarlah dia. bukan sesiapa untukku.

oleh kerana aku terlalu menyayanginya dahulu, kini aku terlalu membencinya. terlalu. so much hate after loved.

tiada lagi engkau dalam doaku. tiada lagi namamu yang menyakitkan hatiku sekian lama. hapuslah dikau. segera hilang.

EH jap weh! aku hari ni betul2 terharu dengan Dr. Fadzil Ain. aku nak jumpa dia regarding of CST software that will be used in my fyp. memule p bilik dia amboi bizinya bercakap kat telefon. pastu takpela, aku bla la.. then dah jalan jauh camtu, tetibe dengar macam ada orang panggil

"excuse me miss, nak jumpa saya ke?"

aku jawab dari jauh "ye ye"

pastu dia pegi bilik dia, aku kejar dia dari belakang. pastu masuk bilik dia, then bagitau la apa hasrat suci dan murni aku tu.. haha..

pastu dia mintak aku p kat student phd dia.. Ubai dullah, very supporting person, yet sporting. haha.. ok la, tercapai jugak hasrat aku nak dapat software tu. so esok aku install kat desktop skul. insyaAllah. hehe.. semalam jumpa Dr. Muzlifah.

I LOVE EE!! 

Tuesday, January 27, 2015

kaya dalam kemiskinan

wassap bro! haha.. Assalamualaikum!

eh, apesal aku nampak happy je ni kan? hoho.. baru balik dari makan Roti Balak kat Balak Inn. tuhdia, hari ni makan nescafe with oat, pahtu makan malam coconut shake (Balak Inn) ngan nasi kukus ayam berempah Faizal kat Parit Buntaq. alhamdulillah.. weh, aku takdak duit weh skang tapi awat aku dapat makan benda2 special ni?

tu semua rezeki dari Tuhan.. believe me! jangan mintak kepada manusia. minta hanya kepada Allah. sebab Allah yang bagi kita semua benda, dengan adanya perantara. usaha untuk berjaya mesti kena ada.

aku bercadang insyaAllah nak jual aiskrim pasu kat mana-mana pasar malam kat parit buntaq ni.. weh, pulangan insyaAllah memang lumayan. memang kena kerja keras la weiii..

ikut kata Imam Hassan al-Banna "Berniagalah kamu sekalipun kamu telah kaya" sebab kekayaan itu tidak selama-lamanya. oleh itu kita kena berusaha sekuat-kuatnya. sebenarnya itulah kelemahan aku, bila aku sudah kaya, sudah ada duit, aku tinggalkan dunia perniagaan. pastu bila habis duit, mula la ligat otak camna nak mula bisnes balik.

Allahu...

tadi lepas makan Roti Balak (tuhdiaaa kenyang gila) besaq macam kayu balak dah. makan berdua. kami didatangi staf USM yang agak rapat dengan sahabat aku tu. dulu dia kerja pengurus pendaftar school aero, and pengalaman 29 tahun bersama USM. subhanallah. orang hebat. bulan 7 ni dia pencen and he got plan to ride his BMW, dia dah beli BMW untuk cuti bersara nanti wehh.. bes tak bes?

memang benda tu dunia, but it is his reward after all. dia ada bagi suntikan motivasi. TRIPLE YOUR EFFORT. bukan double lagi effort sekarang ni, misi nak naikkan pointer sehingga ke atas! maksimum! Allah!

FYP, dan tinggal sem depan sahaja lagi. sem depan ada 2 paper untuk final exam, insyaAllah fatimah, you can do it, orang lain boleh buat, awat kamu tak boleh buat?! betoi ka dak? haha

pastu tadi Encik tu ada mintak nama and no. ic, pastu bila tgk aku bulan 12, dia bagi aku tips, baca surah al-Insyirah, al-Ankabut dengan surah Yusuf. amalkan doa nabi Yusuf jugak. dia kata camni kat aku "huihh,,dapat laki hensem ni" sebab aku lahir bulan 12 (tengok dr no. ic aku) kah3.. memang lawak. aku aminkan aje la ape dia cakap. tapi aku ni jenis kuat jeles sket. alangkan yang tak hensem pun aku jeles. apatah lagi sehensem Nabi Yusof. subhanallah.. jap, aku kongsikan doa nabi Yusuf tu.


*******loading********

huhu.. disebabkan banyak sangat kelebihan surah Yusuf ni, aku tak jadi nak kongsikan kat sini sebab aku nak baca dari ayat awal hingga akhir surah Yusuf. nakkan semuanya. jadi, baca semua insyaAllah. 

bawah ni aku kongsi la blog yang insyaAllah boleh dipercayai. tekan warna biru bawah ni k.

hikmat dan rahsia al-Quran


orait, gua pun dah ngantuk. semenjak dua menjak ni, aku rasa setiap hari. aku dengar orang suruh aku (generally org tu bgtau kat semua tp aku termasuk sekali) untuk bertahajjud. dari orang2 yang berlainan la.. mungkin Allah panggil aku untuk kuat! bangun tahajjud. Allahhhh.. pinjamkan aku kekuatan. aamiinnn.. ok la.. wassalam!

^_^ senyum selalu! ingat eh, TRIPLE YOUR EFFORT!